.

Wednesday 27 March 2013

ESSZONE akan halang Pakatan berkempen?

Mahfuz tuntut penjelasan apakah ESSZONE akan halang Pakatan berkempen

 KUALA LUMPUR, 27 Mac — PAS hari ini menuntut penjelasan Datuk Seri Najib Razak sama ada pewujudan Zon Keselamatan Sabah Timur (ESSZONE) akan menghalang Pakatan Rakyat (PR) untuk berkempen di kawasan tersebut memandangkan tiada pentafsiran jelas berhubung pelaksanaan zon keselamatan tersebut.

"Saya melihat ia dari aspek pilihan raya, adakah ia (ESSZONE) satu percubaan nak menghalang parti politik daripada berkempen untuk pilihan raya?" soal Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Mahfuz (gambar) menegaskan, beliau tidak mempertikaikan aspek keselamatan di kawasan berkenaan yang telah dicerobohi militan Sulu dari Filipina, namun pihaknya hanya mahukan penjelasan kerajaan sama ada undang-undang yang digunapakai di kawasan ESSZONE akan mengetepikan undang-undang sedia ada.
"Adakah ini bermakna bahawa menggantung sebarang mana-mana undang-undang bertulis lain yang boleh ketepikan semua undang-undang.

"Kalau ini berlaku, saya minta pentafsiran jelas ... ada pihak berkata Ordinan 1992 membolehkan peraturan itu dibuat di kawasan zon selamat itu, adakah ini boleh menyebabkan ada pihak di luar tak boleh berkempen untuk pilihan raya umum ke-13 akan datang?" soalnya lagi.

"Kalau ini berlaku, saya minta pentafsiran jelas ... ada pihak berkata Ordinan 1962 membolehkan peraturan itu dibuat di kawasan zon selamat itu, adakah ini boleh menyebabkan ada pihak di luar tak boleh berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang?" soalnya lagi merujuk kepada Ordinan Pemeliharaan Keselamatan Awam 1962 yang diwujudkan di dalam ESSZONE.

Isnin lalu Najib mengumumkan pewujudan ESSZONE, yang meliputi 10 kawasan daeran di Timur Sabah, berikutan pertempuran pasukan keselamatan dan pengganas Sulu di beberapa kawasan di negeri berkenaan yang telag menyebabkan kematian 70 orang dan pemindahan penduduk kampung.

Sepuluh daerah tersebut adalah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Pewujudan kawasan itu juga turut menyaksikan penubuhan satu jawatankuasa menurut Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri.

Jawatankuasa Esszone juga akan dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, pegawai eksekutif termasuk ahli-ahli yang akan dimaklumkan kemudian. Najib sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa pemantau.

Pewujudan kawasan ESSZONE juga bukanlah pengisytiharan darurat dan ia tidak akan menjejaskan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Malah mana-mana pihak yang berpendapat haknya terjejas boleh membawa kerajaan ke mahkamah melalui proses perundangan.

Sementara itu, dipetik Bernama, kata Najib, dengan penubuhan jawatankuasa Esszone ini, kerajaan mengambil pendekatan holistik dan bukan pendekatan ketenteraan semata-mata bagi melindungi kawasan Timur dan seterusnya mencari penyelesaian kepada isu pencerobohan itu.

Selain itu, tujuh balai polis tambahan di kawasan Pulau Bum Bum, Pulau Gaya, Pulau Banggi, Pulau Mabul, Tambisan, Tanjung Labian dan Cenderawasih, Felda Sahabat juga akan diwujudkan di kawasan Sabah Timur yang dijangka akan turut menerima kabin balai pada awal April.

Dalam pada itu, Najib turut menegaskan Esszone bukannya pengisytiharan darurat di bawah perkara Perlembagaan Persekutuan./~TMI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist