.

Wednesday 27 March 2013

Berita terkini Lahad Datu 27 Mac 2013 – Ops Daulat 23

Operasi Daulat pada Rabu telah memasuki hari yang ke dua puluh tiga

Sesi sidang media terbaru Op Daulat,Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib memaklum keadaan keselamatan di seluruh negari Sabah adalah terkawal kecuali kawasan operasi iaitu lokasi Gugusan Labian

Pertempuran dengan Pengganas Sulu di Kawasan Sungai Bilis

tentera di kampung tanjung batu berita terkini lahad datu 27 mac 2013
Pagi tadi kira-kira jam 7.30,pasukan keselamatan telah terserempak dengan saki-baki pengganas di kawasan Sungai Bilis yang berjumlah 3 orang ketika sedang menjalankan operasi pembersihan dan berlaku pertempuran di antara kedua-dua pihak

Pun begitu,pengganas berjaya melarikan diri apabila diserang balas oleh pasukan keselamatan dan kedua-dua pihak tidak mendapat kecederaan menurut Datuk Hamza Taib yang berkata pada sidang media
Beliau turut memaklumkan pasukan keselamatan berjaya merampas sepucuk pistol,6 butir peluru dan sebilah parang

Kampung Tanduo Ditutup Dan Penduduk Dipindahkan Ke Kawasan Baru

kampung tandou1 berita terkini lahad datu 27 mac 2013
Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan penempatan penduduk

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang akan diputuskan kemudian

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lalu itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lalu

Kampung Tanjung Batu Bebas Ancaman Pengganas

lahad datu kampung tanjung batu gambar berita terkini lahad datu 27 mac 2013
Kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihak keselamatan akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing

Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist