KUALA LUMPUR, 23 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut
meluangkan masa melawat Lahad Datuk dan bertemu orang ramai di kawasan
itu untuk mengetahui sendiri keresahan dan kebimbangan mereka terhadap
150 penceroboh Sulu.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, jika Najib mempunyai masa
berkempen ke seluruh Malaysia untuk dirinya dan UMNO/Barisan Nasional
(BN) walaupun Parlimen belum dibubarkan, tidak ada sebab bagi Najib
tidak menyelesaikan kebuntuan pencerobohan Sulu yang masuk minggu
ketiga.
Katanya beliau mengalu-alukan lawatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri
Musa Aman dan Kabinetnya ke Felda Sahabat 16 di Lahad Datu, semalam
bagi mendapatkan pandangan terus mengenai kebuntuan antara pasukan
keselamatan dan kononnya Tentera Diraja Kesultanan Sulu.
“Saya juga berkesempatan melawat Felda Sabahat 16 di Lahad Datu dua
hari lalu bersama wakil yang dilantik DAP Sabah, termasuk Jimmy Wong Sze
Phing, Naib Pengerusi DAP Negeri, Frederick Fung, Setiausaha Negeri Dr
Edwin Bosi, Setiausaha Publisiti Negeri, Chan Foong Hin, Ahli Parlimen
Kota Kinabalu, Hiew King Cheu dan Penolong Setiausaha Penganjur
Kebangsaan DAP, Vincent Wu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, lawatan kami ke
Lahad Datu pada 20 Feb itu bertujuan mendapatkan fakta untuk menentukan
keadaan sebenar di tempat kejadian mengenai kebimbangan penduduk
tempatan, menunjukkan solidariti dengan rakyat di Lahad Datu yang
terkesan dengan kejadian itu dan menghantar mesej jelas kepada Kerajaan
Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah, khususnya Perdana Menteri dan
Ketua Menteri Sabah, untuk memberi tumpuan menyelesaikan segera
kebuntuan yang melanda rakyat Sabah.
“Saya
gembira kerana matlamat kami tercapai kerana selepas itu Ketua Menteri
Sabah dan rombongan Kabinetnya melawat Felda Sahabat 16 untuk
mendapatkan taklimat di pos keselamatan General Operations Force (GOF)
di sana,” katanya.
Menurutnya, namun itu tidak memadai jika Perdana Menteri tidak
meluangkan masa menyelesaikan masalah penduduk di Lahad Datu sedangkan
sibuk berkempen untuk memenangkan dirinya dan BN walaupun Parlimen belum
dibubarkan.
“Jika pemimpin DAP boleh mengetepikan kempen pilihan raya untuk
melawat Lahad Datu, tidak ada Perdana Menteri tidak boleh melakukan
perkara yang sama.
“Bolehkah Najib menjelaskan kepada penduduk Lahad Datu, Sabah dan
Malaysia bagaimana 150 penceroboh Sulu mampu melepasi kawalan tentera
laut, askar dan polis sehingga mereka bertahan di Kg Tanduo di Felda
Sabahat 17 sejak 9 Febuari lalu,” ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, banyak soalan yang dilontarkan rakyat Malaysia
di media sosial yang belum dijawab Perdana Menteri atau arahkan Menteri
sesuai atau agensi Persekutuan untuk memberi jawapan.
“Polis tida sepatutnya terbabit dalam memulihkan situasi di Sabah
kerana ia bukan soal keselamatan dalam negara dan setakat ini polis
dilihat tidak mampu mengusirkan penceroboh berkenaan.
“Ahli politik telah campur tangan dan sebab itu situasi buntu ini
berterusan. Polis tidak terlatih untuk melakukan serangan di kawasan
musuh, di mana musuh menembak semula. Ini bukannya perhimpunan Bersih.
Mereka tidak ada mortar, artileri, kenderaan Infantri atau Pasukan Khas
yang mahir dalam intipan, Pasukan Udara dan Tentera Laut. Ini sepatutnya
tugas Tentera memandangkan ia adalah ancaman luar, senjata mereka
lengkap dan mereka terlatih untuk itu.
“Situasi itu sepatutnya diurus oleh Komander Briged kelima tanpa
membiarkan semua adat tertib ini. Ini adalah tugas Menteri Pertahanan,
nampaknya dia bercuti dan tentera sedang dimalukan oleh sekumpulan
pengganas. Terdapat satu lagi badut, kononnya Laksamana, tanpa malu
berkata perbelanjaan pertahanan kita sangat bagus (dengan kapal selam
tak guna) sehingga serangan 1511 tidak akan berulang lagi.,” katanya.
Kit Siang berkata, Perdana Menteri perlu menjelaskan kepada rakyat
mengapa Menteri Dalam negeri dan polis yang menguruskan situasi itu
sedangkan ia sepatutnya diuruskan Menteri Pertahanan dan tentera agar ia
tidak berlarutan. – Roketkini.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-