.

Saturday 23 February 2013

Harga Kereta Turun 2013?

Harga kereta turun? Sebenarnya by hook or by crook, kerajaan tiada pilihan lain lagi mesti membuka pasarannya. AFTA sudah terlalu lama ditangguhkan. Tiada lagi kebenaran untuk memanjangkan tempoh penangguhan.
Walaubagaimanapun, kerajaan dilihat sudah menjumpai mekanisme dan sedang berusaha sekarang ini untuk menurunkan harga kereta di Malaysia dengan cara…….

Harga Kereta Turun Dijangka Menjelang 2015


Harga kereta turun tidak lama lagi dijangka menjelang 2015 berikutan usaha kerajaan  mengadakan perbincangan dengan lebih banyak syarikat pengeluar kereta untuk  mengurangkan harga kereta mereka yang dijual di negara ini.

Ketua Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari, berkata ketika ini beberapa model seperti Honda dan Toyota sudah pun dijual pada harga lebih rendah di negara ini selepas syarikat pengeluarnya mengambil langkah mengurangkan kos pengeluaran bagi merendahkan harga diatas jalan (OTR) model terbabit.

Harga Rendah Berbanding Thailand
Malah, katanya, harga bagi model Honda dan Toyota yang terbabit adalah lebih rendah berbanding di Indonesia, dan berdasarkan rundingan yang terus berlangsung, beliau yakin pada masa depan harga kereta di negara ini akan lebih rendah daripada di Thailand.
“Ketika isu harga kereta turun ditimbulkan, kami sebenarnya sudah lama berbincang dengan pengeluar kereta meminta mereka mengurangkan harga kereta masing-masing tanpa memerlukan kerajaan mengurangkan cukai eksais.

Kurangkan kos pengeluaran
Kami berpendapat pengurangan cukai eksais tidak akan mengurangkan harga OTR, jadi kami meminta OEM (pengeluar kereta) mengurangkan kos pengeluaran supaya harga OTR kereta keluaran mereka dapat direndahkan secara kekal.
“Tahun ini, kami akan mengadakan rundingan lebih banyak OEM (pengeluar kereta) bagi meyakinkan mereka keperluan mengurangkan harga kereta sekarang sebelum kerajaan melaksanakan liberalisasi (industri automotif),” katanya.
Sumber : Berita Harian
Pertama sekali kami ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang membuat usaha untuk menjadikan harga kereta turun. Tetapi….tetapi kami agak pelik sedikit dengan mekanisme yang ingin digunapakai untuk menurunkan harga kereta di Malaysia.
  • Kerajaan lebih suka menggunakan cara rundingan dengan pengeluar kereta semata-mata untuk membuatkan harga kereta turun. Yang lebih teruk lagi menurunkan harga kereta dengan cara merendahkan lagi kos pengeluaran?
  • Apabila kos pengeluaran dikurangkan, adakah selepas ini kebanyakannya berasaskan plastik?
  • Bukankah kos sudah banyak dikurangkan untuk keselamatan? Airbag? ABS? Hendak dikurangkan apa lagi? Mengapa mahu dikorban aspek keselamatan pengguna kereta semata-mata mahu harga kereta di Malaysia turun?
  • Mengapa perlu menggunapakai cara sukar untuk membuatkan harga kereta turun di Malaysia?
Kenapa tidak mengurangkan cukai kereta yang sedia ada banyak dikumpulkan setiap tahun. Tahun lepas sahaja kerajaan berjaya mengaut keuntungan cukai kereta sejumlah RM7 bilion.
  1. Bukankah harga kereta mahal disebabkan cukai tinggi? Mengapa Berita Semasa tergamak mengatakan cukai kereta di Malaysia sangat tinggi? Cukai eksais kereta antara 65-105% masih dinggap murah lagi? (KLIK SINI SUMBERNYA)
  2. Kenapa mahu letakkan 100% kesalahan kepada pengeluar kereta semata dek kerana realiti harga kereta di Malaysia yang ada ketika?
  3. Bukankah kerajaan ada kuasa untuk menurunkannya?
Jikalau sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri tempoh hari ada mengatakan andaikata harga kereta turun, Malaysia bakal bankrap, segala macam bencana bakal  menimpa rakyat Malaysia, penjual kereta terpakai ramai yang akan muflis dan macam-macam lagilah.
Termasuklah….
Cukai Kereta Turun 2013 Harga Kereta di Malaysia Akan Turun? Cukai Kereta Import @ Duti Eksais Tidak Diturunkan Tetapi...
Sumber : Sinar Harian
Termasuklah, pandangan Dato ‘ Sri Mustapha Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia) :
  • Apabila harga kereta murah, kereta akan banyak,  jalanraya akan bertambah sesak (KLIK SINI)
Harga Kereta Turun Muflis Harga Kereta di Malaysia Akan Turun? Cukai Kereta Import @ Duti Eksais Tidak Diturunkan Tetapi...Walaubagaimanpun realitinya sekarang ini, kerajaan sudah mula bercakap usaha-usaha untuk mengurangkan harga kereta di Malaysia sedikit demi sedikit. Maknanya boleh sebenarnya kita menyaksikan harga kereta di Malaysia turun.

Jikalau dahulu turun sahaja harga kereta, terus dikatakan “bangkrap”, “sesak” dan lain-lain lagi, sekarang tiada lagi kedengaran….

Cuma seperti yang kami katakan tadi, untuk apa berbincang dengan pengeluar kereta? Sepatutnya bincangkanlah isu ini dengan menteri yang bertanggungjawab dan kerajaan supaya cukai kereta diturunkan, seterunsya dapatlah harga kereta turun?

Apabila cukai turun, pendapatan kerajaan melibatkan  cukai kereta semestinya akan berkurang daripada RM7 bilion kepada RM4 bilion tetapi boleh meringankan beban rakyat Malaysia setiap bulan seterusnya meningkatkan disposable income (pendapat boleh guna rakyat Malaysia)

Masih lagi boleh bankrap?
Cukai Import Turun 2013 Harga Kereta di Malaysia Akan Turun? Cukai Kereta Import @ Duti Eksais Tidak Diturunkan Tetapi...
Harga kereta Persona di Malaysia sekitar RM51 ribu, manakala harga kereta Persona di Arab Saudi hanya RM36 ribu sahaja. Jikalau cadangan CEO MAI ini digunapakai, bila agaknya Proton pernah ada kilang di Arab Saudi?

Sekarang ada dua pilihan untuk menurunkan harga kereta di Malaysia. Ada yang mencadangkan cukai eksais diturunkan. Dan sekarang ada cadangan untuk mengurangkan kos pengeluaran dengan harapan harga kereta turun tidak lama lagi. Mana satu pilihan anda? Apa kata anda pula?

-berita semasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist