LiVe Himpunan Rakyat
#KL112 : Hari ini 12 Januari 2013 akan berlangsungnya Himpunan Rakyat di
Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Belum pun bermulanya Himpunan Rakyat
#KL112 pada petang ini sudah terasa bahangnya. Mengapa?
Berita terkini, Deepak sedang menunggu
“signal” supaya Pakatan Rakyat melalui Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz (Nik Mat), Lim Kit Siang, Lim Guan
Eng menjamin imuniti kepadanya apabila Pakatan rakyat memerintah
kerajaan Malaysia dan dilindungi sepenuhnya oleh Akta Perlindungan
Pemberi Maklumat. Pakatan Rakyat perintah kerajaan?
Deepak dikatakan akan membongkar segala
maklumat & kegiatan salah laku serta rasuah berkaitan pemimpin &
personaliti peringkat tertinggi negara yang mana Deepak sendiri pernah
terlibat dengan mereka sebelum ini.
Kalau lulus, Deepak dikatakan akan naik
ke pentas dan beliau mendedahkan segala-galanya di Stadium Merdeka. Apa
pendedahannya? Entahlah….kami tiada idea. Tetapi yang pelik dan
menariknya sehingga ke hari beberapa pendedahan telah dibuat oleh
Deepak, tetapi SPRM dilihat hilang entah ke mana ketika ini, belum
kedengaran lagi Deepak disiasat. Sibuk agaknya SPRM dengan kes lain yang
“lebih besar” dan “bahaya kepada negara”. Mungkin?