KUALA LUMPUR- Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan bersedia bertemu
dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berhubung permohonannya
mendapatkan jaminan imuniti dari Pakatan Rakyat.
Dalam email yang dihantar kepada media sebaik sahaja media menyiarkan kenyataan Mahfuz, Deepak berkata, dia menyambut baik jemputan itu.
"Saya menyambut baik jemputan oleh Datuk Mahfuz untuk bertemunya berkaitan dengan permohonan imuniti kepada Pakatan dan berharap dapat bertemu beliau esok di Pejabat Agung PAS," kata Deepak dalam email itu.
Mahfuz pagi tadi dalam kenyataan medianya dari Sabah berkata, beliau sedia bertemu dengan Deepak bagi mendengar permohonannya untuk mendapatkan imuniti dari Pakatan Rakyat.
Mahfuz berkata, beliau sedia meluangkan masa untuk Deepak bagi mendengar permohonan itu. Kenyataan ini dibuat oleh beliau ekoran kenyataan Perdana Menteri, Deepak tidak ada kredibiliti.
"Jika sesuai saya akan membawa perkara ini ke majlis pimpinan Pakatan untuk dipertimbangkan," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.
Menurut Mahfuz memang ada peruntukan dalam undang-undang tentang perlindungan sebagai saksi ini dalam akta petlindungan saksi.
Sebelum ini, ketika temubual dengan Harakahdaily, Deepak berjanji akan mendedah semua salahlaku yang dibuat pemimpin negara jika diberikan jaminan perlindungan oleh Pakatan Rakyat .
Deepak berkata, beliau bersedia menjadi saksi negara dan rakyat (State Witness) terhadap kesemua kebejatan negara yang berlaku khasnya yang melibatkan Perdana Menteri dan keluarganya.
Pertemuan dengan Deepak
Sementara itu, Mahfuz ketika dihubungi berkata, beliau hanya akan pulang ke Semenanjung pagi esok dan akan terus ke Alor Setar.
Beliau akan sibuk dengan majlis hari ulang tahun Tuanku Sultan sehingga beberapa hari ini di Alor Setar.
"Jadi selepas itu baru saya akan ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Deepak," kata Mahfuz.
-Harakahdaily