.

Saturday, 19 January 2013

Cuepacs : Elaun Tetap Perumahan ETP Naik (Selaras RM480), COLA Naik (RM400)?

Sekarang ini rata pemegang Ijazah yang memohon dengan sektor awam rata-rata ditawarkan gaji pokok sekitar RM2,200 dan kalau dicampurkan elaun semuanya adalah RM800++. Ini kiraan secara kasar.

Secara lebih tepat lagi, jikalau skim bukan beruniform seperti S41, M41 dan lain-lain lagi pokok adalah RM2145, campur elaun semuanya menjangkau RM3000. Kenaikan tahun sekitar RM225. Tetapi apabila sudah naik gred 44, 48, dan sebagainya gaji pokok pun akan turut sama naik.

Bagaimana pula dengan gaji doktor hospital kerajaan?

Jikalau UD41 “fresh houseman” boleh dapat sekitar RM3,800 dicampur sekali dengan elaun. Manakala UD44 fresh MO (Medical Officer) boleh dapat sehingga RM5,000. Tak tolak cukai, tak campur “on call”. Kadar “on call” naik banyak sebulan biasanya antara RM1,200 sehingga RM2,000 boleh dituntut. Manakala “Houseman” pula boleh dapat sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan untuk “on call”. Jadi macam-macam warna taburan gaji yang ditawarkan untuk penjawat awam berdasarkan gred, kepakaran dan lapangan di sektor awam yang dipilih  mereka.

Walaubagaimanapun, Cuepacs merasakan ada beberapa pelarasan yang perlu dilakukan dan tuntutan yang perlu dilaksnakan sesegera mungkin bagi menjaga kebajikan 1.4 juta kakitangan di Malaysia. Oleh itu mereka tampil dengan beberapa dan berharap ia dilaksanakan sesegera mungkin. Antaranya ialah :
  1. Elaun tetap perumahan kepada RM480 sebulan untuk semua penjawat awam sepatutnya mesti diselaraskan kepada semua (KLIK SINI)
  2. Kadar pinjaman perumahan daripada 4 peratus, mestilah diturunkan kepada 1 peratus sahaja dikenakan kepada penjawat awam
  3. Elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 hendaklah diselaraskan
  4. Cuepacs juga mencadangkan kenaikan elaun tetap keraian supaya dilaksanakan sesegera mungkin
Paling penting, tuntutan elaun tetap perumahan kepada RM480 sebulan. Ini kerana sudah 5 tahun sudah berlalu namun tuntutan itu masih tidak dilayan. Sewa rumah tidak sama dengan kadar yang dikenakan pada 5 dahulu. Semakin meningkat…Besarlah harapan Cuepacs supaya Imbuhan tetap perumahan dinaikkan kerana :
“Jika diluluskan (elaun tetap perumahan RM480), sudah tentu tahap perkhidmatan anggota dapat dipertingkatkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Gaza daripada penjawat awam Kementerian Pertahanan Melaka di Dewan Perwira, Kem Terendak
P/S : Ada yang mengatakan dikala negara Malaysia sedang menempuh satu lagi pertarungan sengit dalam Pilihanraya UMum ke 13, inilah waktu terbaik untuk membuat tuntutan kepada pihak kerajaan. Apa respon balas dan cadangan mengenai tuntutan yang dibuat Cuepacs ketika ini untuk anda semua..

-berita semasa

Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
 pokok balak's avatar

pokok balak · 637 weeks ago

Balik balik gaji elaun k/tangan awam . Hal orang kampong macam mana . Bukan semua orang kampong ada rumah sendiri , ada kena sewa . Kerja motong getah. harga getah murah. Harga barang mahal .
Nak makan apa . Fikir lah sama hal orang kampong ni. Bila dekat nak mengundi baru sibuk nak cari orang kampong . Bn dan PR sama saja .Kalau ceramah dok kira gaji guru dan gaji K.Tangan awam saja . Mangkuk betul.
1 reply · active 637 weeks ago
Kenapa nak marah2 ni? ini kan artikel tentang tuntutan Cuepacs. Dah memang kerja dia jaga kebajikan kakitangan awam. Mintak la orang tulis tentang masalah orang2 kampung. Lagi bagus lagi tulis sendiri, tak payah marah2 atau tau komplen je.
Lihat disini Amy Gadis cantik yang telah Di??? oleh 2 lelaki?
GAji doktor seperti yang disebutkan tu tidak tepat, adalah jauh kurang dari pa yang ditulis diatas.harap maklum
Dr. Doolitle's avatar

Dr. Doolitle · 637 weeks ago

Gaji Doktor manusia diorg amik kira..gaji Doktor Veterinar...camner.?????
muhd isyam's avatar

muhd isyam · 637 weeks ago

klu nk jg ht semua manusia ni smpi bla tak akan puas ht...tul la cuepacs minta utk k/tangan awam sj tak nak ckp pasal org kampung dan swasta kot..logik la sikit klu nk komen pon...'ada akai pakai ada otak guna ok!
pekerja kesihatan's avatar

pekerja kesihatan · 637 weeks ago

kalau di bhagian KKM byk org lbih kpd doktor2 / Jururawat sahaja... adakah kumpulan pelaksana lain tidak diperlu ambik kira... Juruteknologi makamal/pen peg farmasipenolong perawatan kesihatan,penolong pegawai perubatan bagaiman pula?? kalau ddk kat klinik exspecially di swk penolong peg perubatan dduk dkat klinik.. oncall bayar ikut kes.. xda kes xbyr itu pun ikut batg gaji..xdiselaraskan...
Rojak Pasembor's avatar

Rojak Pasembor · 637 weeks ago

Dulu sewa rumah buruk kerajaan aku duduk RM8, semua ITP depa sapu. Takder baki pun. Sekarang rumah buruk ni sudah RM180 sebulan, tak berbaki juga.
Video yang membuatkan UMNO dan Macai UMNO panas dan tak senang duduk. Sebarkan
cuepacs kena minta selaraskan atau samarata elaun2... biar gaji sahaja yang membezakan penjawat awam. Kenapa ? contoh elaun makan...sebabnya semua org perlu mkn, tp A-55, B-40, C-40 dan D-35. Kita masih bawa budaya british dlm hal ini. Makanan dibeza2kan, sedangkan ianya keperluan asas. B dan C boleh disamakan pula. Ada baiknya samaratakan menjadi 42.50. Hentikan budaya inggeris dlm pentadbiran awam..bawakan nilai2 Islam...
macamana kami yg sektor kumpulan sokongan N W 17 Pembantu Tadbir langsung xendahkan..asyik nampak yg uniform je...xda pembelaan langsung...
Adam Sarawak's avatar

Adam Sarawak · 606 weeks ago

Tuan,cuepac mewakili kakitangan awan,Mtuc pula bdn brkanun dan swasta,kenapa tak bincang hal2 swasta dengan dia org tak'kan ashik ceupac saja kena belasah,kau org yg dok cemburu tak tentu pasal ni kenapa,biarlah cuepac buat kerja dia. Terima kasih ........ Jgn mundur Dato, kami sentiasa beri sokongan.Long life Dato!.

Regard from Sarawakin.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist