Oleh: Shahbudin Husin
Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka yang berjaya menghimpukan
ratusan ribu rakyat pelbagai kaum Sabtu lalu, pada mulanya hanya
menyerlahkan rasa gundah-gulana para pemimpin UMNO terhadap masa parti
itu sehingga mereka tidak habis-habis mencipta teori dan logik untuk
menafikan perhimpunan itu sebenarnya memang mendapat sambutan yang jitu
daripada rakyat.
Ada antara mereka yang tampil menafikan jumlah ratusan ribu yang hadir,
ada yang mengatakan hanya Melayu dan Cina yang hadir manakala orang
India tidak memberi sambutan, ada yang cuba mengorek kesalahan dengan
mengaitkan kehadiran kanak-kanak, perhimpunan didakwa melanggar
undang-undang kerana melebihi 30 ribu dan pelbagai rekayasa lagi
dicipta untuk memujuk hati sendiri.
Dalam ada itu, ramai pula yang terdiam tidak mampu berkata apa-apa
kerana mengakui kebangkitan yang ditunjukkan rakyat kali ini adalah
sesuatu yang tidak mampu ditahan oleh sesiapa pun.
Najib Razak yang selalunya akan mengecam perhimpunan seperti itu, kali
ini turut mengubah nada. Beliau cuba menumpang kredit dengan mengucapkan
terima kasih dan penghargaan kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya
mengendalikan perhimpunan itu dengan aman.
Sambil memuji tindakan profesional pihak berkuasa dalam menjalankan
tugas, Najib berkata kesediaan Pakatan Rakyat menghormati semangat Akta
Perhimpunan Aman, jelas menunjukkan kejayaan politik BN dan reformasi
yang diusahakan kerajaan.
Menurut Perdana Menteri lagi, walaupun tidak bersetuju dengan
pembangkang tetapi tindakan mereka yang berjaya mengendalikan
perhimpunan dengan aman wajar diberikan ucapan terima kasih.
Dalam hal ini, Najib nampaknya sedar dengan kemahuan rakyat. Hak
berhimpun dan menyatakan pendirian adalah hak asasi manusia yang
dibenarkan oleh undang-undang. Dunia juga mengiktiraf hak tersebut.
Najib cuba mengambil sikap yang lebih lunak dalam hal ini. Beliau tidak
mahu berkeras lagi kerana lagi keras sikap yang ditunjukkannya, lagi
keras penolakan rakyat. Beberapa sikap kerasnya sebelum ini membuktikan
hakikat tersebut. Sebab itu, Najib menukar nada dengan cuba menumpang
kredit di sebalik himpunan kebangkitan rakyat kali ini.
Dengan membenarkan perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka, tidak
lagi mengerah pihak polis bersikap keras sebagaimana Himpunan Bersih 2.0
dan 3.0 sebelum ini dan kemudian memberikan penghargaan kepada Pakatan
Rakyat, Najib sebenarnya cuba menunjukkan beliau seorang pemimpin yang
baik, sedia bertolak ansur dan "gentleman".
Walaupun beliau menyedari penyokong setia PAS, PKR dan DAP tidak mungkin
menyokong dan memberi undi kepada BN, tetapi sasarannya ialah pengundi
atas pagar. Beliau mahu pengundi atas pagar menilai kebaikannya dan
melupakan kesilapannya selama ini.
Dengan tarikh pilihanraya kian hampir, Najib kini mahu dilihat sebagai
seorang yang serba baru. Tidak saja menunjuk baik, budiman dan sedia
bertolak ansur, Najib juga meminjam perkataan reformasi untuk
menunjukkan sikapnya itu sedangkan perkataan yang selalu disebutnya
ialah transformasi, bukannya reformasi. Reformasi adalah perkataan
popular Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi.
Walaupun ada yang berkata Najib seperti "buang tabiat" bila menyebut
perkataan reformasi dan menyimpan perkaraan transformasi yang sering
menjadi basahan mulutnya selama ini, hakikatnya Najib sedang cuba
memenangi hati rakyat yang lebih memihak kepada pembangkang ketika ini.
Beliau sedang cuba melakukan "reverse psikologi" untuk mendapatkan
undi. Ini merupakan usaha terbarunya untuk menghadapi PRU 13 setelah
melakukan pelbagai cara seperti memujuk, merayu, menabur janji, memberi
wang, memberi beras dan sebagainya.
Walaupun Najib mungkin turut takut, bimbang dangundah-gulana akan
kehilangan kuasa, tetapi beliau cuba menyembunyikan perasaan itu.
Sikap itu berbeza dengan Mahathir yang nampaknya tidak mampu
menyembunyikan lagi perasaan dalam hatinya. Bekas Perdana Menteri selama
22 tahun itu secara terang-terangan menyifatkan #HKR112 adalah
bertujuan menggulingkan kerajaan.
Menurut Mahathir, PAS,PKR dan DAP merancangkan himpunan tersebut adalah
bertujuan mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan berharap
kerajaan dapat digulingkan dengannya sebagaimana yang berlaku di
beberapa negara Arab sebelum ini.
Selain berterus-terang dan gagal menyembunyikan resah dijiwa, Mahathir
juga menunjukkan beliau lebih takut daripada Najib jika UMNO dan BN
tumbang dalam pilihanraya akan datang dan seterusnya tidak lagi menjadi
kerajaan.
Walaupun Najib dan semua pemimpin UMNO turut bimbang akan kehilangan
kuasa, tetapi nampaknya ketakutan Mahathir amat besar. Apakah yang
paling ditakutinya dan apakah kepentingannya yang bakal hilang jika UMNO
tumbang? Apakah Mahathir takut Anwar berdendam terhadapnya?
Diakui jika BN kalah, Najiblah yang mengalami kehilangan paling besar
iaitu jawatan Perdana Menteri yang disandangnya serta pelbagai nikmat
yang melimpah ruah untuknya sekeluarga tetapi dalam hal ini Mahathir
kelihatan lebih takut daripada Najib. Najib masih boleh menyembunyikan
kerisauan dan gundah-gulananya tetapi Mahathir seperti tidak tertahan
kebimbangannya dan seolah-olah mahukan semua jentera BN segera bangun
dan mengumpul segala kekuatan yang ada untuk mempertahankan kerajaan
yang ada.
Semua orang mungkin boleh menelah apakah kebimbangan Mahathir jika BN
tumbang dalam pilihanraya nanti. Mungkin legasi selama 22 tahun yang
dibimbanginya, mungkin masa depan anaknya dalam politik yang
difikirkannya, mungkin kontrak berbillion ringgit yang melibatkan
anak-anaknya bakal berakhir yang merisaukannya, mungkin kecurangannya
selama berkuasa bakal terbongkar yang menghantuinya dan pelbagai
kemungkinan lain lagi yang menghimpit jiwa raganya.
Wikipedia sebelum ini menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin
kedua terkaya di dunia selepas Hosni Mubarak dengan kekayaan dianggarkan
berjumlah US$44 billion (senarai itu kemudian dipadamkan. Apakah
Mahathir juga bimbang kekayaannya dibongkar dan diketahui umum
sebagaimana bekas-bekas pemimpin sebelum ini?
Namun oleh kerana Mahathir secara terbuka menunjukkan beliau lebih
risau, takut dan gundah-gulana akan kemungkinan tumbangnya UMNO dan
hilangnya kuasa BN dalam pilihanraya akan datang berbanding Najib, sudah
tentunya kepentingan yang mahu dilindunginya juga amat besar, tentunya
lebih besar daripada semua kepentingan Najib sekeluarga.
Hanya dengan tumbangnya BN, semua itu bakal terungkai nanti.(SH 14/01/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-