Kalau sebelum ini Taib Mahmud pernah
popular di Switzerland, Jerman dan Britain apabila akhbar utama di sana
membuat liputan penuh mengenai skandal melibatkan diri Tan Sri Taib
mahmud sendiri, ahli keluarga dan kroninya di Sarawak (KLIK SINI BUTIRANNYA).
Kali ini giliran cerita mengenai pembunuhan Altantuya yang sehingga
kini masih lagi misteri dan kes ini terus menjadi tumpuan bukan sahaja
di Malaysia tetapi juga di serata dunia…
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak diberikan sekali lagi publisiti melibatkan skandal
yang terus menjadi misteri ini dan dikatakan sarat dengan elemen drama
salahguna kuasa, rasuah, seks dan pembunuhan. Kalau sebelum ini Asian
Sintinel pernah beberapa kali membuat liputan berita mengenai kes
pembunuhan dan pembelian kapal selam Scorpene ini. Nama Malaysia terus
popular apabila Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak terus dikaitakan
skandal Scorpene & Altantuya termasuklah di akhbar & portal
berita utama di Kemboja (The Phnom Penh Post), Berita Harian Hong Kong
(Ming Pao) dan juga kanada (Vancouver Sun). (SEMAK BUTIRANNYA SINI)
The Age Australia : Najib Razak VS Altantuya VS Scorpene
Dan
kali ini akhbar The Age Australia mengambil tempat dengan membuat
liputan mengenai skandal pembunuhan gadis Mongolia pula, Altantuya
Shariibuu. Dan laporan berita The Edge Australia dan juga Sydney Morning
Herald Australia itu mengaitkan nama Perdana Menteri Malaysia iaitu
Datuk Seri Najib Razak dengan skandal pembunuhan ini. Di
Malaysia, akhbar-akhbar utama di Malaysia lebih suka memfokuskan kepada
personaliti dan kelibat Sirul Azhar Omar dan Azilah Hadri. Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia masih tertanya-tanya dua soalan utama yang masih belum terjawab sehingga kini….
Laporan berita The Age adakan mengatakan :
- Siapa yang berikan arahan untuk pembunuhan Altantuya Shaariibu ini
- Dan yang keduanya adalah motif pembunuhan
Dan bertambah panas lagi apabila, dalam laporan berita The Age ada mengaitkan hubungan seks peringkat tertinggi negara:“Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang ‘panas’ dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan Umno,” petikan laporan berita penulis The Age, Lidsay Murdoch
“Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya.
Dan
akhirnya Mahkamah Perancis sekarang ini sedang mengambil tempat untuk
mengadili kes ini skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh
Kementerian Pertahanan dari Perancis yang mana ada kaitan juga kes
pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Dan pelantikan François Hollande
sebagai presiden Perancis yang baru telah melancarkan lagi siasatan
skandal ini. (KLIK SINI UNTUK BUTIRAN PANJANG LEBAR).
Jikalau
Datuk Najib tidak dipanggil semasa berlangsung perbicaraan di Malaysia,
tetapi Datuk Najib bakal dikenakan sapina oleh Mahkamah Perancis tidak
lama lagi.
P/S : Kami rakyat
Malaysia, tidak mahu nama Malaysia popular dengan cerita-cerita sebegini
rupa. Bukan sekali. Tetapi sudah beberapa kali nama Malaysia dijaja
dengan cerita-cerita sebegini rupa. Hentikanlah. Tampilah memberikan
penjelasan…Apa pendapat dan komen anda pula?
I every time spent my half an hour to read this website's articles or reviews everyday along with a cup of coffee.
ReplyDeleteAlso visit my weblog : perfumes baratos