.

Saturday, 3 November 2012

(Langsung dari TV Selangor) : Hujan lebat, jalan sesak tapi 5,000 banjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat


SEREMBAN : Sekalipun hujan lebat sejak tengah hari tadi, Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula meriah berikutan kira-kira 5,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri padang Taman Seremban Jaya seawal jam 4 petang.

 Ia bertambah gamat apabila konvoi pemuda Pakatan Rakyat diketuai Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysian, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard, tiba di lokasi selepas melepasi kesesakan lalu lintas.

Mereka disambut paluan kompang, gendang masyarakat India dan tarian Singa yang dipersembah penduduk setempat.
Antara tokoh yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang bakal mendeklamasi puisi malam ini.

Acara bermula dengan pidato pimpinan muda Pakatan – KEADILAN, PAS dan DAP, selain persembahan nyanyian Dayangku Intan,  Nizam dari kumpulan Laksamana dan kugiran metal, Heldrasil.
Program dihenti sekitar jam 6.30 petang untuk memudahkan rakyat beragama Islam menunaikan solat, sebelum acara utama diteruskan jam 8 malam.

Ia bakal menampilkan pidato pimpinan utama Pakatan termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38830

Dr Badrulamin ditahan kerana cuba hidupkan Al-Arqam?


Dr Badrulamin Hanya Tetamu Biasa Di Majlis Yang Diserbu JAIS 

 SHAH ALAM 03 NOV : Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrulamin Bahron yang ditahan di dalam serbuan konsert yang didakwa cubaan menghidupkan kembali kumpulan Al-Arqam menegaskan beliau hanya tetamu biasa syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd, dan bukannya Al-Arqam.


Katanya, beliau pergi ke majlis itu bukan atas jemputan rasmi tetapi kehendak dirinya sendiri bersama isteri dan anak-anak untuk makan malam sambil menikmati persembahan kesenian Islam.

Jelasnya, beliau diletakkan di meja tamu atas rasa hormat penganjur terhadapnya manakala khemah lain tidak mempunyai meja.

“Saya tidak nafikan tiada jemputan rasmi tetapi melalui risalah yang diberi ketika saya membeli-belah di kawasan Global Ikhwan Sdn Bhd.

“Saya hanya ke sana untuk membawa anak-anak saya yang menggemari nasyid dan sekadar makan-makan, itu saja,” katanya dalam satu kenyataan media.

Badrulamin antara kira-kira 30 individu yang ditahan semasa serbuan Jabatan Agama Islam (JAIS) terhadap konsert dan makan malam Global Ikhwan Sdn Bhd pada Nov 1.

Sebelum ini, laporan akhbar mendakwa Badrulamin merupakan tetamu khas ke majlis tersebut yang didakwa sambutan ulang tahun kelahiran Ashaari, pengasas Al-Arqam.

Badrulamin berkata ahli jemaah Ikhwan mengenali keluarganya kerana isterinya sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan dan pakaian di butik Ikhwan.

“Laporan Kosmo yang kononnya saya adalah salah seorang dari Ahli Jawatankuasa Penganjur (AJK) dalam program malam terbabit adalah berniat jahat dan tidak bertanggung jawab.

“Saya langsung tidak ada apa-apa kaitan dengan organisasi Ikhwan, jauh sekali dari memegang sebarang jawatan. Ingin saya jelaskan sekali lagi, kehadiran saya ke program tersebut tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah akhbar hari ini yang mengatakan dirinya ahli pertubuhan itu.

Global Ikhwan merupakan syarikat yang didakwa mempunyai hubungan dengan gerakan Al-Arqam yang diharamkan pada 1994./~selangorku

APA KATA NAJIB? Presiden Pas sedia tanding di Pekan


MARANG- Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya bertanding di Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.
“Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang ke… atau Pekan, termasuklah, jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya bertanding di Pekan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media sama ada kekal bertanding dua kawasan, Dun dan Parlimen selepas Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum (PRU13) Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Rusila, hari ini.

Menurutnya, jawapan muktamad terserah kepada parti yang akan menentukan kawasan yang bakal ditandingi kelak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyatakan kesediaan jentera PAS pada bila-bila masa diadakan pilihan raya kerana persiapan telah dibuat sejak setahun lalu.

“Saya sudah melawat keseluruhan kawasan pilihan raya sejak setahun lalu. Saya buat jadual melawat dan keseluruhannya kerja telah dibuat sejak setahun untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa.

“Bahkan, kebanyakan Dewan Undangan Negeri (Dun) telah membuat culaannya yang terperinci. Ini termasuklah, persediaan jentera pilihan raya secara menyeluruh. Cuma kita menunggu tarikh pilihan raya pada bila-bila masa sahaja,” ujarnya.

-harakahdaily

BONGKAR!!!: ADUN UMNO INI & GUNDIK ADALAH PATI?


PR DESAK RCI SOAL SIASAT ADUN SEKONG & GUNDIK 

LAPOR.....Citra (tiga dari kanan) bersama Mohammad Hussain (tiga dari kiri) dan Idris Jakirun (dua dari kanan) serta AJK Pakatan Rakyat menunjukkan Laporan polis yang dibuat di pintu masuk Balai Polis Tawau.

Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

PAKATAN Rakyat Sabah hari ini mendesak agar Panel RCI yang bermesyuarat kelmarin menjalankan siasatan rapi terhadap Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya dan gundiknya, Pia Bte Dahlan; kerana disyaki PATI yang mendapat kerakyatan songsang melalui IC Projek.

Ketua Penerangan AMK Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi, yang menjadi jurucakap Pakatan Rakyat Sabah menjelaskan bahawa mereka membuat laporan polis bagi membantu Panel RCI yang diketuai Mantan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong setelah menjalankan siasatan selama lebih lima bulan lalu hasil pendedahan melalui Sabahkini.net.
"Kita telah mendapat maklumat daripada Team Kita di Tambisan dan Batu Sapi serta meminta Peguam kita membuat carian di Jabatan Pendaftaran Negara sebelum datang ke Balai Polis Tawau untuk membuat laporan polis, agar siasatan segera dijalankan terhadap dua suspek utama ini; bagi membuka jalan kepada siasatan terhadap suspek lain yang memperolehi kerakyatan secara tidak sah iaitu melalui jalan tipuan, culas dan memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan MyKad Malaysia," kata Citra di pintu masuk Balai Polis Tawau sebentar tadi.

Citra yang ditemani oleh Yang DiPertua PAS Tawau, Mohammad Hussain; Ketua AMK Kalabakan, Idris Jakirun dan beberapa AJK Pakatan Rakyat menjelaskan pihaknya turut kesal kerana ketika membahaskan Bajet 2013 di Dewan Undangan Negeri Sabah, Samsudin menuduh Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu sebagai PATI semata-mata kerana bapa Lahirul warganegara Indonesia dan mendesak RCI menjalankan siasatan; sedangkan kerakyatan Lahirul adalah sah kerana mengikut ibunya berketurunan Murut.

"Oleh kerana Samsudin tidak tahu undang-undang, maka kita ajar dia bagaimana mahu mengenalpasti PATI sebelum membuat tuduhan liar terhadap warganegara Malaysia yang mendapat kerakyatan yang sah seperti Lahirul," kata Citra.

Bagaimanapun Citra menafikan laporan ini dibuat sebagai 'Balas Dendam' terhadap Samsudin; sebaliknya secara kebetulan setelah pihaknya mendapat bukti yang lengkap untuk membantu Panel RCI; sesuai dengan pelawaan Panel RCI yang meminta pihak yang mempunyai bukti tampil membantu.

"Hasil carian di JPN dan atas nasihat peguam, kita membuat laporan polis kerana MyKad 550208125619/H0254832 yang diperolehi Samsudin dan 670315125012 yang digunakan Pia boleh ditarik balik sesuai dengan Seksyen 30 (3) kerana telah mengenalpasti mereka membuat kenyataan palsu," kata Citra yang memaklumkan hasil carian peguamnya, JPN bukan sahaja tidak pernah mengeluarkan sijil lahir kepada Samsudin, malah tidak mempunyai maklumat ibubapanya.
Citra memaklumkan pihaknya akan membuat lebih banyak pendedahan berhubung beberapa VIP dalam masa yang singkat bagi memudahkan tugas Panel RCI menjalankan siasatan.

Sementara itu, dalam laporannya TAWAU/RPT/015980/12 yang dibuat pada jam 5 petang tadi, Citra mendakwa bahawa;

"PADA lebih kurang jam 2.10 petang tadi saya menerima email daripada Team Pemantau AMK PKR di Kota Kinabalu berhubung rekod Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya yang saya percaya mendedahkan identiti sebenar beliau iaitu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat kad pengenalan 550208125619/H0254832 melalui ikrar palsu atau memalsukan keterangan diri; sejajar dengan keterangan dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara iaitu Warganegara secara kuatkuasa undang-undang Perkara 30 (3).

Setelah merujuk Perlembagaan Persekutuan Fasal 30 (3) iaitu "Bagi maksud menentukan sama ada seseorang dilahirkan sebagai warganegara Persekutuan, apa-apa soal sama ada dia dilahirkan sebagai warganegara suatu negara lain hendaklah diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan dan perakuan Kerajaan Persekutuan mengenai soal itu adalah konklusif (melainkan jika dibuktikan bahawa perakuan itu telah didapati dengan cara fraud, nyataan palsu atau penyembunyian sesuatu fakta material).

Selaku Ketua Penerangan AMK PKR, maka saya datang ke balai membuat laporan agar Panel RCI yang ditubuhkan Kerajaan Malaysia menyiasat Samsudin kerana beliau seorang Wakil Rakyat UMNO (Penggubal Undang-Undang) yang saya percaya ada kaitan dengan Sindiket MyKad Palsu dan kerakyatan songsang; termasuk sebagai dalang mendapatkan Mykad 670315125012 untuk gundiknya, Pia Binti Dahlan.

Memandangkan Samsudin tidak mempunyai Sijil Lahir dan rekod JPN menunjukkan beliau memperoleh kerakyatan melalui jalan songsang; maka saya mendesak agar kewarganegaraannya ditarik balik, sejajar dengan peruntukan Fasal 30 (3). Bersama ini disertakan salinan rekod Samsudin dan Pia serta cabutan Fasal 30 (3) Perlembagaan Persekutuan."


BUKTI.....Rekod Samsudin ini membuktikan bahawa beliau bukan lahir di Sabah dan mendapat MyKad berdasarkan Surat Akuan sejajar dengan Perkara 30 (3) Perlembagaan Persekutuan.



SAMA......Pia juga mendapat kerakyatan melalui modus operandi yang sama dengan Samsudin.


MAKSUD....Cabutan Fasal 30 (3) Perlembagaan Persekutuan yang menerangkan maksudnya sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist