.

Monday, 2 January 2012

Hantu Kak Limah Berjaya Ditangkap!


Misteri gangguan makhluk halus menyerupai hantu Kak Limah menyelubungi kehidupan satu keluarga di Kampung Temiang, Marang Terengganu sejak lebih seminggu lalu terungkai apabila seorang ustaz yang menggunakan kaedah perubatan secara Islam tampil membantu.

Proses pemulihan yang dilakukan Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan dari Perubatan Syifa Al Ikhlas yang berpangkalan di Serendah, Selangor itu yang tiba kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, bermula di rumah pusaka keluarga berkenaan di Jerangau kira-kira jam 4 petang.

Bagaimanapun usaha untuk menghalau makhluk halus di rumah Syaawal Mazlan di Kampung Temiang, di sini hanya dilakukan kira-kira jam 9 malam berikutan detik itu dikatakan bermulanya kehadiran makhluk menyerupai hantu Kak Limah itu.

Kak Limah adalah nama watak seorang wanita yang disangka jelmaan hantu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mendapat sambutan hangat di pawagam tahun lalu.

Usaha Sinar Harian untuk tiba ke lokasi berkenaan agak mencabar berikutan lokasi rumah keluarga terbabit yang agak terpencil, selain keadaan hujan lebat ditambah jarak rumah agak jauh lain merumitkan lagi proses mendapatkan maklumat daripada penduduk kampung.

Bagaimanapun, selepas berjaya masuk ke jalan yang bakal menghubungkan Kampung Temiang melalui laluan Wakaf Tapai-Marang, kewujudan sebuah warung kopi di tepi jalan dengan kesediaan pelanggannya yang terdiri daripada penduduk tempatan memberi maklumat diperlukan, memudahkan usaha untuk menjejaki rumah Syaawal yang menjadi lokasi liputan bahan berita itu.

Sebaik tiba di lokasi dituju, wartawan Sinar Harian terpaksa pula meninggalkan kereta di tepi jalan kecil kerana rumah itu terletak agak jauh di tengah padang.

Dalam keadaan hujan renyai-renyai, perjalanan menuju ke rumah itu amat mencabar. Terpaksa meredah selut berlumpur selain situasi gelap yang amat menyeramkan.

Sedia menanti termasuk bapa Syaawal, Mazlan Ali, 55, dan ahli keluarga terde­kat selain penduduk kampung turut tidak melepaskan peluang.

Sinar Harian yang tiba ke rumah papan dibina semula daripada perkayuan rumah pusaka keluarga berkenaan bagaimanapun tiba-tiba dikejutkan dengan situasi tegang melibatkan adik Syaawal, Mat Ali, 15, yang secara tiba-tiba menangis, tidak sedarkan diri dipercayai akibat dirasuk.

Selang beberapa minit kemudian, tatkala ahli keluarga sedang menenteramkan Mat Ali, kakaknya, Masliana, 31, tiba-tiba dikatakan terpandang lembaga berambut panjang duduk di alang rumah.

Ustaz Hasrul pada ketika itu berada di rumah berdekatan selepas menikmati makan malam sebaik dimaklumkan perkara itu, bergegas ke rumah Syaawal lalu terus memulakan proses menghalau makhluk halus yang merasuk.

Pada masa itulah, Masli­ana tiba-tiba menunjukkan aksi dan tenaga luar biasa, membuka pencak silat untuk bertarung dengan Ustaz Hasrul. Tiada langsung ciri-ciri kewanitaan pada lagaknya, yang kelihatan hanya langkah pendekar. Namun, biar begitu hebat pun Masliana, mudah sahaja langkahnya dimatikan Ustaz Hasrul dengan ayat suci al-Quran. Ternyata yang bersilat itu bukan Masliana sebenar tetapi makhluk halus yang menguasai tubuhnya.

Bacaan ayat al-Quran selain azan akhirnya berjaya membuat jin yang menguasai wanita itu terperangkap. Masliana pulih apabila jin terbabit berjaya dikurung di dalam botol oleh Ustaz Hasrul.

Mat Ali dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dirasuk makhluk halus dipercayai jin kafir itu sempat berkomunikasi dengan Ustaz Hasrul sebelum jin itu dimatikan melalui sembelihan leher secara kaedah kebatinan.

Jin yang merasuk ke dalam tubuh Mat Ali akhirnya berjaya dikeluarkan selepas hampir setengah jam berhempas pulas dan ia turut dimasukkan ke dalam botol plastik.

Ustaz Hasrul kemudian menepung tawar katil pusaka dipercayai menjadi punca segala kemelut yang berlaku.

Proses rawatan tidak meng­­gunakan sebarang alat lain seperti kemenyan atau asap yang biasa digunakan bomoh tradisional kecuali air penawar itu berakhir kira-kira jam 11.15 malam, sebelum penduduk kampung bersurai setelah kesemuanya berpuas hati dengan kejayaan rawatan diberikan.

Akhirnya, kehadiran Ustaz Hasrul membantu mengusir makhluk halus yang mengganggu keluarga tanpa bayaran, berjaya mengembalikan semula keharmonian hidup keluarga Syaawal. (SINAR HARIAN)




9 Cara Mengurangkan Sakit Senggugut


Senggugut amat menyakitkan, hanya mereka yang pernah merasa sakit senggugut akan mengerti bisanya. Bagi mengurangkan sakit senggugut, anda boleh mengambil panadol menstrual yang berwarna merah jambu itu, atau mencuba petua di bawah ini

Petua 1 :
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


Petua 2 :
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.


Petua 3 :
Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.


Petua 4 :
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab


Petua 5 :
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .


Petua 6 :
Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula. Namun begitu petua ini masih dipersoalkan memandangkan doktor berpesan supaya pengidap senggugut mengelakkan minum teh dan lain- lain minuman yang sejuk sifatnya.

Petua 7 :
Tuam bahagian sakit dengan tuala panas. Anda boleh memanaskan tuala itu dengan seterika, atau dengan air suam. Tuala juga boleh digantikan dengan botol air berisi air suam. Perlu diingat, air tuaman itu tidak boleh diminum.


Petua 8 :
Bagi orang yang kadang- kadang mengidap sakit senggugut, kadang- kadang tidak, ini berkaitan dengan perubahaan rutin. Jika anda seorang yang aktif atau bekerja keras, senggugut tidak pernah menyakitkan. Bagi mereka yang banyak rehat dan kurang cergas, bisa sakit sengugut itu akan lebih terasa.


Petua 9 :
Mungkin ada yang lebih suka pil panadol menstrual kerana ia lebih mudah didapati di mana- mana berbanding herba yang jarang- jarang terjual. Anda boleh mencuba satu lagi cara semulajadi, iaitu tidur. Selepas bangun, sakit senggugut itu akan berkurang atau sama sekali hilang. Namu perlu diingat, tidur di tempat dan pada masa yang sesuai sahaja.

Sumber: 100penulis

HARI-HARI TERAKHIR SI ‘RAJA KATAK’?


Oleh : MUTALIB M.D


DATUK Seri Panglima Lajim Haji Okin, tokoh kontroversi di persada politik Sabah mula terkenal apabila menjadi ‘Katak Terawal’ yang melompat ke Kolam Barisan Nasional sebelum diikuti Datuk Rubin Balang dan beberapa lagi ‘Berudu’ sehingga Parti Bersatu Sabah (PBS) yang memenangi Pilihanraya Umum 1994 dengan majoriti mudah; tumbang setelah Lajim, Rubin, Zaini dan beberapa ADUN PBS berpaling tadah.


Kini setelah 17 tahun menikmati pelbagai kemewahan sebagai ADUN dan Ahli Parlimen UMNO, khidmat Lajim tidak diperlukan lagi dan lazimnya ‘katak’ secara rasmi akan menjadi makanan ular; menyebabkan Lajim bertindak cuba melompat tinggi untuk menunjukkan bahawa beliau masih mempunyai pengaruh politik; terutama setelah memimpin PERKIM Sabah dan Persatuan Bisaya Sabah.


Namun ketokohannya dalam PERKIM tidak begitu menyerlah berbanding kedudukannya sebagai Timbalan Yang Di Pertua USIA suatu ketika dahulu kerana beliau pernah mengadakan Majlis PERKIM dan mengganggarkan 2,500 orang yang hadir; tetapi hakikatnya hanya 250 sahaja yang muncul di majlis besar-besaran berkenaan.


Sebagai seorang seniman politik yang boleh membawa pelbagai watak, Lajim yang pernah dinobatkan memenangi award ‘Raja Katak Politik Sabah’ pada 1994, kini cuba melakonkan drama komedi terbaru ‘Gua Lompat, BN Mati’; dengan muncul secara mengejut dan berucap di pentas yang salah, terutama di majlis anjuran Pembangkang.


Sebelum ini, Ahli Parlimen Silam, ‘dr’ Salleh Kalbi menghadiri dan berucap di majlis SAPP setelah SAPP keluar daripada BN; tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil melainkan tidak diperkenan sebagai Pengerusi BN Silam, walaupun majoriti parti komponen mencadangkan beliau bagi meneruskan tradisi BN melantik Ahli Parlimen sebagai Pengerusi BN.


Walaupun Lajim membuat kenyataan bahawa beliau hadir dan berucap di Majlis Pembangkang atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri, tetapi Lajim terlupa Kod Etika BN yang mengharamkan sebarang bentuk sokongan terhadap pembangkang, apatah lagi turut berucap dan mendedahkan rahsia kegagalan kerajaan BN di pentas terbuka.


Memang ucapan Lajim ada benarnya kerana berjaya menjolok jantung Najib yang terkedu dengan kegagalan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang dipimpin oleh ‘Golden Eye Boy’ Najib, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal kerana semua pembangunan yang dilaksanakan di Beaufort tidak dapat berfungsi sepenuhnya disebabkan karenah birokrasi dan kesilapan perancangan dan kecuaian pelaksanaan.


Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang dilaksanakan KKLW dengan kos ratusan juta ringgit hanya seperti ‘hiasan musim Krismas’ kerana dibina separuh jalan dan tidak sampai kepada pengguna disebabkan lebih mengutamakan keuntungan berlipat ganda (Projek Top-Up) kontraktor daripada kepentingan awam.


Lompatan tinggi ‘Raja Katak’ kali ini tidak berjaya melepasi pagar kawat yang direntang BN dan Parti Pembangkang sehingga semua melihat Lajim tersangkut pada kawat berduri; apatah lagi pemimpin pembangkang menyifatkan kehadiran Lajim di majlis mereka sebagai ‘Bom Jangka’ yang dihantar BN untuk memusnahkan Pakatan Rakyat daripada dalam.


“Dia bukan bersama kita, tetapi senjata BN untuk merapuhkan pertahanan Pakatan Rakyat. Kita tahu siapa Lajim dan dia sanggup melakonkan apa juga watak asalkan dapat wang dan pangkat,” ujar seorang pemimpin DAP Sabah yang meminta agar namanya dirahsiakan bagi mengelak kekeliruan.


Bagaimanapun, ramai pemimpin BN Sabah berpendapat Lajim tidak akan berani meninggalkan BN, sekalipun mendapat tawaran lumayan kerana terikat dengan beberapa Skandal Rasuah dan Penipuan bagi membiayai kegiatan songsangnya di Kasino.


Pada saya, Lajim melakukan ‘Watak Antagonis’ semata-mata untuk meraih simpati dan menunggu Perdana Menteri, Ketua Menteri Sabah dan Ketua Special Branch Sabah memujuk beliau dan memperkenankan permintaan beliau untuk terus mewakili Beaufort, sekurang-kurangnya bagi satu penggal lagi.


Dalam hal ini, Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Ketua SB Sabah sewajarnya berterus terang bahawa watak Lajim telah ditamatkan pada Sayembara Pilihanraya Umum Ke 13, kerana tidak lagi relevan dan bukannya ‘Winnable Candidate’.


Kasihan Lajim menunggu jawapan dan pinangan yang tidak pasti!


(sabahkini.net)





Khalifah Akan Muncul Pada 2014 - Sheikh Yassin Al_'Ajlouni


Seorang Ulama Jordan hari ini mendakwa bahawa Khalifah akan muncul pada tahun 2014 bagi membebaskan bumi Palestine dan membina semula Masjidil Aqsa dengan lebih indah. Beliau yang dimaksudkan sebagai bakal menjadi Khalifah umat Islam adalah anak kepada Raja Jordan sekarang iaitu King Abdullah.


Mungkin Anwar Ibrahim bukan Al-Mehdi yang dinantikan tetapi sebaliknya merupakan pemuda dari Khurasan yang bakal menjadi tentera Al-Mehdi menewaskan Yahudi di Bumi Palestine. Walaubagaimanapun Anwar perlu melepaskan dirinya dahulu daripada dipenjarakan pada 9 januari 2012 nanti dan seterusnya memimpin Pakatan Rakyat menakhluki Malaysia daripada cengkaman Dajjal. Selepas itu barulah boleh menyertai tentera Al-Mehdi di Palestin. kalau tidak tak payah mimpilah.

Tengok kenyataan Ulama Jordan tersebut di sini.



" I bring glad tidings to the Islamic nation: The days of the establishment of the Caliphate are near – the Caliphate that will reside in Jerusalem, and the Caliph who will conquer Palestine. “So when the second warning came to pass, we permitted your enemies to disfigure your faces, and to enter your Temple, as they had entered it before, and to destroy all that fell into their power.” This is the Caliph to whom allegiance will be pledged in Palestine, after he conquers the Arab Peninsula and Persia. I think – although Allah knows best – that the [Caliph] is among us. We see him with our own eyes. He is Abdullah, who reigns over Jordan at present. The man will be guided by Allah to this great conquest, and Allah willing, in 1446 AH [2024 CE], we will witness the rebuilding of the Al-Aqsa of the Al-Aqsa Mosque in the most beautiful manner. The armies that will conquer Palestine will all agree to have Abdullah as their Caliph. This will be a Hashemite Caliphate, but not the way we want it – it will not be in keeping with the path of the Prophet. Such a Caliphate will be established, Allah willing, by Muhammad, whom we believe to be the son of Abdullah II, the current king of Jordan – but Allah knows best. Allah willing, I will fill you in with more details on this matter...."



Warta Shubhi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist