Gaji Kakitangan Awam
naik lagi? Nampaknya kakitangan awam bakal menerima berita baik tidak
lama lagi. Mungkin? Bukankah dah naik sebelum ini? Nak selaraskan lagi?
Inilah yang dinamakan rezeki & berita baik 1.4 juta kakitangan awam
di Malaysia.
Saat-saat begini,
“khidmat & komitmen” kalangan kakitangan awam amat diperlukan bagi
memastikan pengurusan negara menjadi lebih baik & dalam pada masa
yang sama kebajikan penjawat awam terus dibela….
Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji kakitangan awam termasuk kenaikan tahunan (KGT) sehingga lima peratus bermula tahun depan. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat di Malaysia. ”Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula,” katanya.
Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum. Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
“Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan,” katanya.
Kalau disemak semula kenyataan Datuk Seri Ali Hamsa, sebelum ini dah naik 13% contohnya, jadi sekarang ini Ketua Setiausaha Negara (KSN) nak kaji lagi 5%. Maknanya selepas ini akan menjadi 18%?
-berita semasa