.

Thursday, 18 October 2012

Musa Hasan akan sertai PAS? .. ini dia penjelasan beliau..

Musa Hassan nafi sertai PAS

KUALA LUMPUR,  — Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menolak dakwaan beliau akan menyertai PAS atau mana-mana parti politik. Ini berikutan penyertaan beberapa bekas pegawai kerajaan ke dalam parti pembangkang tersebut sejak akhir-akhir ini menjelang pilihan raya ke-13.

 

Beliau menafikan khabar angin terbabit kepada akhbar Sinar Harian hari ini, sambil menambah ia tiada kaitan dengan keputusan beliau untuk menggugurkan saman fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan insiden “mata lebam” dan kes Liwat 1 semalam.

 

“Itu tidak benar”, kata beliau kepada akhbar tersebut.

“Lagipun, tiada siapa yang tampil menawarkan keahlian parti mereka, sama ada PAS mahupun Umno”, ujar Musa lagi.

Musa dilaporkan turut menafikan penglibatan serta sokongan kepada mana-mana parti politik sejak menyertai pasukan polis.

Walau bagaimana pun, beliau enggan mengulas apabila ditanya sama ada beliau akan menyertai PAS sekiranya diberi peluang.

“Saya berkecuali dan jika ditanya parti mana yang akan mendapat undi saya pada pilihanraya nanti, undi saya adalah rahsia”, tambah beliau lagi.

Nama Musa kembali menjadi buah mulut selepas beberapa laman berita politik, termasuk portal milik PAS, HarakahDaily menyiarkan berita yang dipetik dari sumber dalaman parti yng tidak mahu dikenali.

Tren terkini politik Malaysia telah memperlihatkan beberapa pegawai tinggi kerajaan beragama Islam,
termasuk bekas ketua setiausaha, bekas pegawai-pegawai khas serta pesara polis dan tentera menyertai PAS setelah menamatkan perkhidmatan mereka.

Antaranya bekas Ketua Siasatan Jenayah Datuk Fauzi Shaari, bekas ketua setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof dan bekas naib presiden Felcra Berhad Datuk Ramli Buyong.

Dalam sebuah temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider sebelum ini, Musa telah memuji tindakan Fauzi menyertai PAS tetapi berkata beliau tidak akan mengikut jejak yang sama.

“Selepas ini, dia boleh menerangkan kepada PAS tentang undang-undang negara”, ujar Musa mengenai Fauzi ketika itu, sambil menambah bahawa beliau telah menolak lamaran dari sebuah parti komponen Pakatan Rakyat (PR).

Selain PAS, parti komponen lain adalah PKR dan DAP.

“Adalah lebih baik untuk seseorang seperti saya (bekas Ketua Polis Negara) untuk menjauhkan diri dari politik”, komen beliau kepada The Malaysian Insider pada bulan Julai lalu./~TMI

 

Comments (5)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
memamng lau kena menjauhi dr parti politik..nanti umno bongkarkan semua kes musa bru tau hahahha
Dia tarik balik saman semata mata nk selamatkan bos dia. siapa di belakang kes mata lebam anwar??. Tarik balik kes di nasihatkan olh unmo dn mnkin AG Ghani Patail sendiri yang takut terbongkar rancangan jahat yang bersekongkol dengan UNMO..Penarikan saman musa tidak berapa menguntungkan PR... satu lagi sebab Musa tarik balik saman, kerana takut terkencing dan terberak dalam seluar apabila di soal olh peguan Anwar.
Apa rasionalnya PAS terima dia?
1 reply · active 653 weeks ago
apa salahnya kalau dia masuk PAS? bukankah PAS for all??
buat masa ni aku tak yakin dia akan join Pas tapi kalau lain masa tak tau la.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist