Fakta berkaitan dengan Sulaiman Al Rajhi ni :
1) Beliau berasal dari orang miskin menjadi
Jutawan dan memiliki USD7.7Billion. Beliau dahulu (2011) orang yang ke 120 terkaya
didunia mengikut Majalah Forbes. Sekarang kembali miskin kerana telah menyerah
seluruh hartanya kepada anak-anak dan sebahagian besarnya didermakan badan
kebajikan.
2) Membuka Bank Islam kerana Islam
mengharamkan faedah atau interest (tiada Bank Islam waktu tu).
3) Memulakan kerja harian selepas solat subuh
dan berhenti hingga waktu Isyak.
4) Mula-mula membuka Bank Islam di London
kemudian baru ke Timur Tengah.
5) Disiplin yang diamalkan selain bekerja
keras ialah menepati masa.
6) Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang
langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada
siang hari secara percuma?
7) Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti
syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya.
8) Merendah diri; masih menaiki penerbangan
kelas ekonomi.
9) Menepati waktu; mempelajarinya pada awal
memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan
pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya
kerana kelewatan tersebut.
10) Tegas dengan prinsip Islam; dijemput
menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari
ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya
membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis
tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman.
11) Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah
ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan
sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali.
12) Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang
amanah di atas muka bumi.
MORAL CERITA : NAK JADI JUTAWAN KENA KERJA KUAT DAN PANDAI CARI PELUANG. TIADA SHORT CUT NAK JADI KAYA.
- Uncle Majid