.

Thursday, 25 October 2012

Guru Beza Politik Akan Ditukarkan Ke Ceruk Pedalaman. Di mana Kebenarannya?

Secara realiti yang berlaku hari ini, sebenarnya masalah ini dah banyak kali & kerap kali berlaku. Walaubagaimanapun, ia dilihat sukar untuk dikekang kerana amalannya tidak meluas. Tetapi…..

Tetapi berlaku apabila ada pertembungan idelogi politik yang bertentangan di kawasan tertentu.

Tapi agak susah nak kekang sebab ianya bukan melibatkan amalan meluas… tapi berlaku apabila ada pertembungan melibatkan individu politik kawasan tertentu sahaja. Akan timbul masalah-masalah yang seperti ini….

Kadang-kadang kami perhatikan ada kalangan guru yang telah beberapa kali ditukarkan ke tempat paling ceruk untuk mengajar. Sebenarnya kami kurang bersetuju dibenarkan guru berpolitik di sekolah, tidak kira menyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Tidak perlu dibawa idelogi politik anda di sekolah…..

Bab sokongan pada parti ini bagi kami berkait rapat dengan pendirian, tak boleh dipaksa mana-mana guru untuk sokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Itu hak masing-masing sedangkan dalam bab mengundi, “undi anda adalah rahsia” apatalah lagi Malaysia acapkali diangkat sebagai sebiah negara yang manhu dikenali dengan negara demokrasi. Maka terpulang kepada mana-mana daripada anda walaupun bekerja dengan kerajaan, tetapi untuk undi parti mana terpulang…….kerana itu pilihan sendiri tanpa paksaan.
“Setiap guru ada akal dan pandangan untuk digunakan utnuk membuat pertimbangan”
Kadang-kadang kami perhatikan, sudah menjadi  ’unwriten law’ agaknya di Malaysia ni, yang mana kalau anda berkhidmat di dalam perkhidmatan awam, anda perlu lebih cenderung ke arah Kerajaan/ tak boleh bersuara mengkiritik/menegur Kerajaan. itu tidak betul.
“Menegur, mengkritik bermakna kita sayangkan kerajaan untuk melihat mereka buat lebih baik”
Seperti mana-mana ibu-ibu dan bapa-bapa di sini mendidik anak-anak anda. Bukankah begitu secara praktikalnya? Atau lebih suka dibiarkan hanyut. Semestinya tidak bukan?

Ya…benar, kami sedia maklum sebenarnya kalangan guru-guru sudah bersetuju dengan perjanjian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di mana bersetuju untuk ditukarkan ke mana-mana sekolah yang telah KPM tetapkan. Tetapi…ada tetapinya.

Tetapi….jikalau pertukaran diadakan secara telus untuk mengisi kekosongan, kenapa terdapat guru-guru berkenaan tidak ditukar ke sekolah kampung sebelah/daerah berdekatan yang ada kekosongan mendesak?
Isu pertukaran ni dari dulu sampai sekarang tak pernah selesai. Banyak pihak dari dulu lagi sudah cadangkan “database peringkat Nasional” kekosongan dan status pertukaran guru tetapi sampai sekarang tidak dibuat. Sehinggakan pertukaran guru tak boleh dijalankan melalui “standardize system”. Kenapa? Sebab apa? Kami pulangkan soalan ini kepada kalangan guru-guru di sini untuk menjawabnya….

Kami bersetuju jikalau politik tak boleh di sekolah, dan dalam masa yang sama, segala macam politik melibatkan pihak kerajaan sepatutnya dibenarkan di sekolah. Maknanya kedua-dua parti tidak dibenarkan langsung. Janganlah jadi seperti laporan berita ini, “Guru HITAM – Sokong Pembangkang VS Guru PUTIH – Patuh Kepada Kerajaan?”


-berita semasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist