SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
mendesak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatannya
sebagai Mursyidul Am Pas susulan kenyataannya mempertahankan kerjasama
Pas dengan DAP.
Beliau yang dipecat oleh parti itu awal tahun ini berkata, Nik Aziz
sewajarnya menyerahkan tanggungjawab itu kepada timbalannya, Datuk Dr
Haron Din yang dilihat lebih berupaya dan berwibawa.
“Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA (Nik
Aziz) memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul
Am kepada timbalannya, yang saya yakin mempunyai kemampuan dan
kewibawaan yang setara dengan beliau,” katanya dalam satu tulisan pada
laman sosial beliau semalam.
Hasan berkata, "saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam Pas
dan menjadikan Pas terus berdarjat dan bermartabat sebagai 'custodian'
kepada perjuangan Islam, TGNA (Nik Aziz) perlu menoleh ke belakang untuk
bermuhasabah."
Oleh itu katanya, sudah sampai masanya bagi Nik Aziz untuk merenung
sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas
sama ada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja Pas
sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan Pas itu
sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.
Kelmarin, Mursyidul Am Pas mengeluarkan kenyataan menyatakan DAP tidak
pernah mengganggu Pas, malah beliau menegaskan kerjasama antara dua
parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Rabu lalu, Hasan jga menyokong kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas,
Nasharudin Mat Isa, yang antara lain berkata, Pas tidak seharusnya
mengutamakan kuasa semata-mata dan meletakkan perjuangan Islam di tempat
kedua.
Malah dalam kenyataan tempoh hari beliau menyifatkan kenyataan
Nasharudin menunjukkan Majlis Syura yang diketuai oleh Nik Aziz sudah
mula kembali berwibawa.
Hasan Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia
menyifatkan kenyataan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan,
kelmarin sebagai "agak keterlaluan" susulan secara terang-terangan
menyatakan DAP sebagai tidak pernah mengganggu Pas malah menggangkat
martabat parti itu sebagai rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan
Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
“Kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan
ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat
daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.
“Saya bimbang kenyataan-kenyataan 'supreme' ini akan menjadikan
pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan Pas daripada golongan
parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas
menghentam Islam dan perjuangan Pas disebabkan “peluru” yang disediakan
oleh TGNA,” kata Hasan.
Hasan juga berkata, Nik Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan
seumpama itu kerana ramai pimpinan Pas sebelum ini menyanggah pendirian
Pengerusi DAP, Karpal Singh dan
Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berterusan menghina serta menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud.
Malah katanya, Nik Aziz juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan meski pun didatangi DAP.
“Tuan Guru Nik Aziz perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah
sampai masanya bagi Nik Aziz untuk merenung sejauh-jauhnya tentang
kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan
Pas sama ada benar-benar menguntungkan atau merugikan,” katanya lagi.?~ Sinar Harian
p/s- Kenyataan orang gila talak... kesian Hasan Akidah!!!
Saturday, 13 October 2012
Hasan Ali: Nik Aziz wajar lepas jawatan Mursyidul Am
2012-10-13T10:30:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-