2. Dewan Pemuda PAS Malaysia [ DPPM ] mahu Menteri Pelajaran
bertanggungjawab penuh di atas kecuaian melampau yang merisikokan masa
depan pelajar. Apakah kegagalan hampir 50 % pelajar yang menduduki
peperiksaan kemasukan ke Universiti di Timur Tengah khasnya Mesir adalah
berpunca dari silibus yang salah ?
3. Terlalu banyak kesilapan dan kesalahan buku teks Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah [KBSM] Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mata
pelajaran Bahasa Arab Tingkatan 5 yang diterbitkan oleh Cerdik
Publication Sdn Bhd [ 203370-D ] dan dicetak oleh Percetakan Rina Sdn
Bhd [ 31964 - X ].

5. Sebelum ini negara telah gempar dengan sedikit kesilapan pada novel
Interlok yang akhirnya mencetuskan perdebatan para saterawan negara dan
cerdik pandai. Malang Kementerian Pelajaran tidak mempelajari kesilapan
lalu. Akhirnya mempertaruhkan masa depan pelajar.
Nasrudin bin Hassan