.

Monday, 1 October 2012

Anwar jangka PRU tahun ini, mahu Pakatan sedia bila2 masa



KUALA LUMPUR 1 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan pilihan raya umum (PRU) diadakan pada tahun ini.

Beliau mengingatkan Pakatan Rakyat (Pakatan)  tidak leka dan sentiasa memperkukuh jentera dan penerangan di setiap peringkat supaya lebih bersedia jika Parlimen dibubar secara mengejut.

“PRU dah dekat dah, ada orang cakap PRU tahun depan, sebab BN akan bagi macam-macam Januari ini.

“Saya tak percaya, kerana ini hanya taktik (Datuk Seri) Najib (Razak). Dia ingat kita rileks, dia buat PRU mengejut tahun ini,” katanya.

Justeru, beliau menyeru setiap jentera bekerja keras seolah-olah PRU akan diadakan esok.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada Jelajah Merdeka Rakyat di Dewan Sivik Taman Medan semalam.

Turut hadir, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan lain-lain pemimpin Pakatan.
Menurutnya, Jelajah Merdeka Rakyat itu akan diteruskan selepas ini di seluruh Selangor bermula 21 Oktober ini.

Sebelum ini, semasa berucap di Terengganu, Perdana Menteri mengumumkan akan mengadakan PRU ke-13 secara mengejut walaupun tempoh mandat kerajaan semasa berakhir April tahun depan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37116
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist