Oleh: Aspan Alias
Najib adalah PM pertama yang
menjadi ketua negara yang tidak mendapat mandat kepimpinan beliau dari rakyat
walaupun sesudah menjadi PM selama empat tahun. Beliau hanya meneruskan mandat
Abdullah Badawi dan ini sudah cukup menunjukkan yang Najib menjadi PM dengan
meminjam mandat Abdullah Badawi dahulu sahaja.
Najib memangnya tidak pernah di
uji dalam kepimpinannya. Beliau selama ini mendapat kedudukan secara percuma
dengan bermain dengan sikap ‘play-save’ dan tidak pernah melalui ujian melalui
krisis besar dalam kepimpinannya. Najib mendapat segala-galanya dengan percuma
dan menaiki kedudukan sekarang melalui permainan selamat dan tidak menunjukkan
sikap tegas dalam mana-mana krisis yang telah dilalui oleh UMNO.
Najib bermain politik mengikut
resmi air, ‘di mana lekok di situ dia berhenti dan berkumpul’. Dia tidak pernah
menentang arus semasa perlu menentangnya. Beliau akan sentiasa mengintai untuk
memihak ‘the buttered side of the bread’. Kali ini beliau telah berjaya menjadi
Perdana Menteri dengan permainan selamat itu, tetapi sekarang sudah sampai
waktunya beliau untuk membuat keputusan yang ‘decisive’ untuk negara.
Tetapi malangnya beliau begitu
lembek dan tidak berupaya melakukan apa yang sepatutnya beliau lakukan dalam
krisis keyakinan rakyat yang sedang beliau lalui sekarang ini. Krisis keyakinan
rakyat ini di tambah pula dengan masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO
iaitu masalah keyakinan kepimpinan di bawah-bawah beliau serta ahli UMNO
keseluruhannya. Najib tidak mendapat dukungan padu dari barisan pimpinan UMNO
diperingkat tertinggi dan ahli-ahli Jemaah Kabinet yang bersama-sama membarisi kepimpinan
dalam kerajaan.
Sebenarnya Najib tidak mengetahui
keadaan sebenarnya yang berlaku di peringkat bawahan ini dan ramai merasakan
yang Najib akan jatuh oleh kerana beliau tidak merasakan apa yang sebenarnya
yang diresahi oleh rakyat. Beliau seperti sifat semula jadi beliau, di dalam
politik jika ada masalah cara penyelesaiannya ialah dengan membayar dan membeli
perasaan ramai.
Itulah sebabnya beliau
membentangkan belanjauan 2013 jumaat lepas dengan menumpukan usaha membeli undi
dengan ‘hand-outs’ berbentuk tunai kepada rakyat yang mempunyai pendapatan
dibawah RM3000 dalam program BRIM beliau. Tetapi beliau masih lagi enggan untuk
membubarkan parlimen kerana ada perasaan kurang keyakinan terhadap sokongan
rakyat terhadap kepimpinan beliau Sudah empat tahun menduduki kerusi PM, tetapi
beliau masih belum berani untuk mendapatkan ‘endorsement’ rakyat itu.
Selemah-lemah Abdullah Badawi
beliau berani memanggil pilihanraya umum hanya selama 6 bulan beliau mengambil
alih jawatan PM dari Mahathir Mohammad. Abdullah lagi ‘strategic’ dalam
pemikiran beliau. Beliau sedar beliau telah mengambil alih kepimpinan dari Dr
Mahathir semasa rakyat hanya menunggu masa untuk menolak Mahathir di dalam
pilihanraya 2004 jika Mahathir masih menjadi teraju kepimpinan negara pada 2004
yang lalu. Mahathir bernasib baik kerana beliau telah mendapat ‘signal’ jelas
dari rakyat dan beliau bertindak meletakkan jawatan.
Abdullah beruntung kerana semasa
itu rakyat terpaksa memberikan sokongan padu kepada sesiapa yang mengambil alih
kepimpinan dari Mahathir. Justeru itu Abdullah telah mendapat mandat yang amat besar semasa PRU 2004.
Sebaliknya Najib telah mengambil
alih sudah lama dari Abdullah tetapi sehingga hari ini beliau tidak mempunyai
kudrat untuk memanggil pilihanraya lagi. Oleh kerana tempuh penggal ini sudah
hampir tiba, jika Najib memanggil PRU sekarang pun, rekod tetap tercatat yang
Najib merupakan satu-satunya PM negara yang tidak mndapat ‘endorsement’
peribadi dari rakyat atas kepimpinan beliau. Mungkin oleh kekurangan inilah
Najib bertindak untuk bercakap besar dan meninggi seolah-olah beliaulah PM yang
paling handal dan berpengaruh.
Oleh yang demikian memanggil PRU
itu sekarang atau membiarkan sahaja tempoh penggal ini tamat pada 28hb April
tahun depan ia tidak memberikan apa-apa perbezaaannya. Beliau tetap seorang PM
yang tidak terbukti mendapat ‘endorsement’ peribadi dari rakyat jelata.
Najib tidak payah bersusah payah memikirkan
tarikh pilihanraya itu. Tamat sahaja tempoh penggal ini, iaitu pada 28hb April
tahun depan Dewan-Dewan Undangan Negeri akan terbubar dengan sendirinya.
Tidak payah berfikir lagi bagi Najib kerana tentu beliau telah banyak berfikir
tetapi belum juga mendapat penyelesaiannya.
Najib mungkin masih belum
memahami yang bajet yang beliau bentangkan dua hari yang lepas tidak akan dapat
mengubah pendirian sebahagian besar rakyat yang telah membuat keputusan.
Segala kemungkaran politik dan
ekonomi yang dilakukan oleh pimpinan UMNO selama ini sudah menjadikan rakyat
sudah ‘conclusive’ untuk menolak UMNO kerana terlalu lama masa telah diberikan
kepada UMNO untuk kembali kepangkal jalan, tetapi tidak juga berbuat demikian
kerana parti itu sudah tidak dapat lagi hidayah yang telah hilang itu.
Ingat pesepsi rakyat terhadap
UMNO, ‘UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing’, di
antara satu dengan lain. Persepsi ini tidak dapat membawa UMNO kembali di
hormati sepert yang pernah mereka alami pre- Mahathir dahulu.
Lagi pun, pada bila-bila pun PRU itu di adakan, keputusannya adalah 'predictable'. Keputusan sudah berada ditangan rakyat sekarang.
Lagi pun, pada bila-bila pun PRU itu di adakan, keputusannya adalah 'predictable'. Keputusan sudah berada ditangan rakyat sekarang.