TOLAK.....Kajian terbaru UMCEDEL menunjukkan antara faktor utama penolakan BN ialah isu integriti pemimpin BN dan Umno.
Oleh : K PRAGALATH
PETALING
JAYA: Program transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
telah berjaya meningkatkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional,
menurut kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Kajian yang
dilakukan dalam bulan Mac hingga April dan bulan ini menunjukkan
pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada golongan
berpendapatan kurang dari RM 3000 berkesan.
Kajian
pertama yang dilakukan dari 31 Mac hingga 15 April menunjukkan 66
peratus menyokong BN. Hanya 24 peratus tidak bersetuju dan 10% tidak
pasti.
Kajian
kedua pula dari 1 hingga 16 September pula menunjukkan 61 peratus
bersetuju, 23 tidak bersetuju dan 16 peratus tidak pasti.
Trend sama dapat dilihat melalui program perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Klinik 1Malaysia (K1M).
68 Peratus Setuju KR1M
Sebanyak
68 peratus bersetuju dengan perkhidmatan KR1M berbanding dengan 28
peratus yang tidak dan 12 peratus tidak pasti empat bulan lalu.
Pada bulan ini pula, 56 peratus setuju, 26 peratus tidak bersetuju manakala 18 peratus tidak pasti.
Perkhidmatan klinik 1Malaysia pula diterima baik oleh 74 peratus dalam bulan April berbanding 65 peratus bulan ini.
Seramai 2282 responden telah menyertai kajian ini di dalam bulan April manakala 1536 responden menyertainya bulan ini.
Bagaimanapun terdapat kemerosotan sokongan terhadap Najib.
56 Peratus Terima Najib
Sebanyak
56 peratus terima baik pendekatan Najib terhadap masyarakat bukan
Melayu di dalam bulan April namun penerimaan ini merudum kepada 43
peratus bulan ini.
Meskipun
pendekatan Najib mendapat sokongan rakyat, beberapa isu nasional
dijangka akan menjadi batu penghalang untuk menukar sokongan kepada
undi.
Isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan, kilang nadir bumi Lynas, dan integriti pemimpin BN bakal memberi cabaran.
Kajian yang dibuat menunjukkan 65 peratus dari
2, 282 responden dalam bulan April dan 55 peratus dari 1, 536 responden
dalam bulan ini merasakan isu NFC boleh menjejaskan prestasi BN dalam
pilihan raya umum ke 13.
Isu Lynas turut memperlihatkan trend yang sama dimana masing -masing 64 peratus dan 59 peratus akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.
Integriti Pemimpin Umno Dan BN
Isu yang lebih membimbangkan BN ialah 70 peratus yang
ditinjau dalam bulan April yakin bahawa isu integriti pemimpin Umno dan
BN akan mengalihkan undi kepada Pakatan. Di dalam bulan ini pula,
sebanyak 66 peratus masih yakin.
Ini tidak bermakna Pakatan Rakyat akan mempunyai jalan mudah ke Putrajaya.
Percanggahan pendapat di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dilihat sebagai halangan utama pengundi menyokong Pakatan Rakyat.
Sebanyak 55 peratus bersetuju
bahawa percanggahan pendapat bersetuju faktor percanggahan menjadi
faktor penolak Pakatan Rakyat dalam bulan April dan 59 peratus bersetuju dalam bulan ini.
Tinjauan
yang dibuat turut mendapati terdapat peningkatan penolakan Pakatan
Rakyat kerana kelemahan pentadbiran negeri di bawah Pakatan Rakyat yang
didedahkan oleh media massa.
49 Peratus BN Terus Berkuasa
Sokongan meningkat lima peratus kepada 48 peratus bulan ini berbanding 43 peratus pada bulan April lalu.
Dari
sudut keyakinan terhadap pakatan politik yang akan menerajui kerajaan
persekutuan, 49 peratus yakin pemerintahan BN akan berterusan dalam
bulan April manakala hanya 44 peratus senada di dalam bulan ini.
Bagaimanapun tinjauan terbaru di Selangor menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan kuasa.
Sebanyak 50 peratus yakin Pakatan Rakyat akan berkuasa.
Keadaan
di Kedah berlainan kerana dalam bulan April hanya 37 peartus yakin
Pakatan Rakyat berkuasa berbanding bulan ini di mana terdapat
peningkatan sokongan sebanyak 48 peratus.
Pola
di Kelantan pula cenderung kepada Barisan Nasional. Ini kerana
keyakinan responden terhadap Pakatan Rakyat jatuh dari 44 peratus kepada
41 peratus manakala keyakinan terhadap BN meningkat dari 27 peratus
kepada 32 peratus.(FMT)