Saturday, 29 September 2012

Soalan BERSIH: NGO tuntut sekolah diberi tunjuk sebab


Sekolah di Johor yang terlibat mengeluarkan kertas peperiksaan berunsur politik dengan memuatkan soalan berhubung perhimpunan BERSIH patut diberi surat tunjuk sebab, kata Angkatan WargaAMAN Malaysia.

Barathidasan of MIPAS"Tindakan ini menunjukkan Umno-BN terlalu terdesak sampai terpaksa memanipulasi soalan peperiksaan percubaan SPM.

"WargaAMAN menyeru pihak sekolah yang mengeluarkan soalan berkenaan harus memberi surat tunjuk sebab kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Kementerian Pelajaran Malaysia," kata setiausaha agung NGO itu S Barathidasan.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Johor Baharu dan SMK Jementah, Segamat sebelum ini didakwa memuatkan gambar dan soalan berhubung BERSIH untuk soalan peperiksaan percubaan subjek Pendidikan Moral, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

SMK Aminuddin Baki bagaimanapun menjelaskan mereka tidak berniat untuk mempolitikkan isu itu manakala SMK Jementah mahu menyemak kesahihan dakwaan itu dahulu.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi kelmarin menjelaskan, kementeriannya tidak mendapat sebarang aduan mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada sekolah.

Dalam kenyataannya hari ini, WargaAMAN - NGO yang dilihat dekat dengan Pakatan Rakyat - berkata, mereka kesal tindakan sekolah terbabit kerana soalan itu tidak relevan dan tidak berasas.

"Dan jika benar pihak sekolah menyatakan ia hanya menekan nilai-nilai murni, kenapa pula tidak timbul soalan: wajarkah tarian punggung diadakan depan rumah orang?" kata Barathidasan merujuk 'protes punggung' di rumah Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga tidak lama dahulu.

NGO itu juga mendakwa apa yang berlaku sebahagian daripada agenda dan "taktik kotor" kerajaan BN dengan menggunakan sekolah untuk meracuni pemikiran pelajar terhadap penganjuran perhimpunan BERSIH.

"Sedangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa BERSIH entiti yang sah dan bukan pertubuhan haram.

"Jadi pihak sekolah perlu mengambil tahu perkara sebenar dan harus menerangkan nya kepada pelajar-pelajar dan bukannya meracuni minda mereka./~M'kini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)