Semalam genap 55 tahun negara
kita merdeka dan begitu rapi persediaan yang di uruskan untuk merayakan hari
kemerdekaan ini oleh kerajaan. Perayaan ini merupakan satu perayaan yang
termahal sekali dan itu tidak mengapalah kerana memang sudah menjadi budaya kita
berbelanja berlebih-lebihan untuk perayaan. Wang yang dibelanjakan pun bukannya
duit siapa tetapi duit rakyat yang membayar cukai dengan keringat dan darah
mereka.
Perayaan mengingati hari kemerdekaan
di negara kita merupakan perayaan yang terboros sekali. Setahun yang lepas saya
sempat melihat majlis ulang tahun negara Australia melalui kaca TV yang saya
sudah lupa dari saluran mana. Tetapi Australia merayakan secara ‘simple’
tetapi meriah. Majlis itu yang berlangsung dalam kurang dari dua jam hanya mendengar
ucapan Perdana Menteri yang ringkas. Tidak ada bas di sewa oleh kerajaan untuk
mengangkut orang ramai dengan elaun kehadiran sebanyak RM 30, baju-T dan
sebagainya.
Semua Ahli Jemaah Kabinetnya
hanya duduk di atas barisan kerusi yang ‘simple’ dan mudah dan kita boleh tahu
mereka tidak menggunakan wang rakyat yang begitu banyak untuk merayakan hari
kebangsaan mereka. Sebaliknya kita di sini membelanjakan wang rakyat berpuluh-puluh
juta untuk merayakan hari kebangsaan kita. tetapi tak mengapa juga rakyat kita
kebanyakkannya tidak kisah harta benda mereka di perkosa seperti ini dan ada
yang masih memberikan sokongan pihak yang membelanjakan wang mereka dengan boros
itu.
Tetapi selain dari memberikan
komen tentang pembaziran ini saya ingin memberikan pemerhatian saya terhadap
perayaan hari kebangsaan kita yang saya nampak tidak mendapat sambutan rakyat.
Banyak publisiti yang kita dengar dan lihat tentang seruan untuk menaikkan ‘jalur
gemilang’, tetapi di mana-mana kita pergi orang ramai tidak nampak jalur
gemilang di kibarkan di premis-premis perniagaan dan rumah-rumah kediaman
rakyat yang ramai.
Keadaan ini lebih jelas lagi dari
keadaan semasa perayaan hari kebangsaan pada tahun 2008 dahulu. Kali ini tidak
nampak semangat mengibarkan jalur gemilang itu lagi. Kereta-kereta serta
teksi-teksi yang baru sahaja mendapat empat biji tayar pun tidak nampak
mengenakan jalur gemilang di kenderaan-kenderaan mereka. Malahan situasi hambar
tentang pengibaran jalur gemilang kali ini adalah yang terburuk dan terendah
sekali penyertaan dari rakyat ramai.
Rakyat nampaknya sedang
menjelaskan lagi sikap dan pandangan serta pendirian mereka terhadap seruan
media yang meluas supaya semua rakyat mengibarkan jalur gemilang pada 31 Ogos
ini. Nyata rakyat ramai tidak bersama memeriahkan hari kebangsaan ini dan elok
setiap orang mengkaji kenapa keadaan ini berlaku. Yang pasti rakyat tidak boleh
dipujuk-pujuk dengan duit-duit raya atau hadiah-hadiah yang tidak boleh
menjamin masa depan negara mereka. Rakyat merasa jemu dengan cara pimpinan hari
ini melayan mereka seperti melayan kanak-kanak ‘kindergarten’: boleh dipujuk
dengan gula-gula dan cokolat sahaja.
Kedapatan ramai yang mendapat
jalur gemilang secara percuma pun enggan mengibarkan jalur gemilang di
premis-premis kediaman mereka. Dengan sambutan hambar ini kita boleh membuat
penilaian secara ‘conclusive’ yang rakyat tidak lagi menghiraukan perayaan hari
kebangsaan ini. Tentulah situasi seperti ini berlaku dengan bersebab.
Bagi mereka yang serius membuat
pemerhatian ini akan secara automatik berpendapat yang itu merupakan
‘reflection’ atau ‘manifestation’ rakyat terhadap kekurangan keyakinan terhadap
kepimpinan negara.
Dalam kita sedang berada di
ambang pilihanraya, kita sudah boleh menilai dengan agak tepat apa yang akan berlaku
di dalam pilihanraya nanti, dan keputusannya merupakan keputusan yang
‘predictable’. Orang ramai berpendapat perbelanjaan yang terlalu boros itu
merupakan tanda pimpinan sekarang tidak sayangkan negara kerana yang akan
kekeringan adalah perbendaharaan rakyat.
Kepada rakyat kini, cara pimpinan
kita berbelanja wang rakyat untuk majlis-majlis keramaian dan parayaan ini
serupalah seperti tindakan-tindakan makhluk perosak. “Leaders of these days are
bunch of pests” kata seorang kenalan yang bersama-sama saya minum kopi di salah
sebuah kedai mamak di Subang Jaya semalam.
“Giving Pakatan Rakyat the
opportunity to take over the government is not an option. It’s a must” kata
seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan yang baru sahaja bersara sebulan
yang lalu.