.

Monday, 3 September 2012

PRU di musim banjir: Peluang Umno/Bn cerah ?



Oleh: Accudo

Ada perancangan PRU 13 di musim banjir?


Melihat kepada PRK DUN Tenang yang lalu, yang diadakan di musim banjir, yang dikatakan telah memberi banyak kelebihan kepada Umno/Bn, tidak terkejut jika Najib sedang berkira-kira untuk mengadakan PRU ke 13 di sekitar bulan November dan Disember ini.
 
Pada ketika musim banjir Kerajaan Umno/Bn sudah pasti  boleh menggunakan seluruh agensi kerajaan untuk bekerja bagi pihak mereka dengan alasan penyediaan bantuan banjir. Maka itu, peluang seumpama ini sudah pasti tidak akan dilepaskan begitu sahaja!
 
Pusat penempatan banjir sudah pasti dikawal sepenuhnya oleh agen-agen Umno/Bn atas alasan menolong dan bantu mangsa banjir. Pengangkutan daripada pelbagai agensi dapat digunakan sepenuhnya untuk para pengundi yang dikawal ke tempat pengundian. Dan kempen Umno/Bn akan lebih mudah tanpa boleh diganggu oleg parti-parti Pakatan Rakyat. 
 
Pelbagai sumbangan akan dimonopoli oleh Umno/Bn. Manakala kawasan-kawasan hitam dan kelabu kepada Umno mungkin akan dilengah bantuan pengangkutan untuk mengundi sehingga tamat tempoh pengundian. Kawasan putih Umno/Bn pasti akan diutamakan
 
Tidak pelik jika perkara ini berlaku kerana sambutan bulan dan hari kemerdekaan pun boleh 'dipolitikkan' Umno/Bn, inikan pula nasib mangsa-mangsa banjir yang mengharapkan perh,atian dan bantuan segera! 
 
Oleh yang demikian Pakatan Rakyat perlu membuat persediaan dari sekarang bagi mengatasi segala kekangan dan halangan musim banjir, jika berbangkit, yang cuba dihadapkan kepada mereka oleh Umno/Bn! 
 
Sesungguhnya 'syaitan yang dikenali' boleh melakukan apa sahaja bagi memenangi hati pengundi, demi mempertahankan kuasa!
 
Berita dipetik:


Isnin September 3, 2012 
PM Beri Petunjuk PRU November 
Oleh MUGUNTAN VANAR
SANDAKAN: Angka 11 kini menjadi nombor yang bermain di fikiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terutamanya apabila beliau seolah-oleh membayangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berkemungkinan diadakan pada November depan.
 
Walaupun tidak memberikan gambaran tepat, Perdana Menteri berkata tahun ini dilihat unik apabila angka 11 mempunyai hubungkait bagi beberapa sambutan atau perayaan besar dalam negara.
 
Menurut Najib Umno berusia 66 tahun tahun ini, Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan ke-55 dan Umno Sabah berusia 22 tahun.
 
Jelas beliau nombor-nombor berkenaan boleh dikaitkan dengan 11 jika didarabkan.
"Enam darab 11 bersamaan 66, lima darab 11 bersamaan dengan dan 2 darab 11 bersamaan 22. Faktor angka 11 muncul dalam semua perkara, ia adalah unik dan baik," kata kepada penyokong parti namun tidak menjelaskan sama ada beliau sedang mencari tarikh yang sesuai pada bulan November untuk mengadakan pilihan raya.
Perdana Menteri berkata demikian pada majlis perasmian bersama lima bahagian Umno Kinabatangan, Sandakan, Batu Sapi, Beluran dan Libaran di sini pada Ahad.
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist