.

Tuesday, 11 September 2012

Kampung Baru Selamat Jika BN Hilang Kuasa

Oleh: Tukang Lawan

 Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru pada pilihan raya umum (PRU) kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika kita diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan di peringkat Pusat selepas PRU, kita akan batal akta itu kerana ia jelas bertentangan dengan kehendak sebenar pemilik dan pewaris penduduk Kampung Baru.

“Selepas itu, kita akan serah semula kepada pemilik dan pewaris penduduk Kampung Baru untuk menentukan hala tuju sebagaimana yang mereka inginkan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Anwar berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran PAS Pusat di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, petang semalam.

Turut serta, Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan lain-lain pimpinan KEADILAN. Mereka hadir ke situ menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat sempena program itu peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul AM, Datuk Nik Aziz Nik Mat termasuk ribuan rakyat pelbagai kaum.

Putrajaya menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 pada 3 Oktober tahun lalu, tetapi pada hari sama diganti dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 sebelum diluluskan dua hari kemudian.

Anwar dalam pada itu menyambut baik tindakan PAS memilih lokasi tersebut yang disifatkannnya sangat dekat dengan perjuangan rakyat ke arah perubahan negara terutama di era reformasi pada 1998.

Ia berikutan sambutan Black 14 atau Gelita 14 oleh KEADILAN di lokasi sama pada 2008 bagi mengingati sejarah hitam Malaysia pada 14 April 1999.

Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad menekan mahkamah untuk memenjarakan Anwar kononnya beliau terlibat rasuah sekaligus menyekat bekas Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam politik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist