.

Thursday 20 September 2012

Bajet 2013 : 6 Tuntutan Cuepacs. Jika 70% Diluluskan, Kakitangan Kerajaan Kerja Lebih Masa Setiap Hari!



Pembentangan Bajet 2013 sudah tidak lama sahaja lagi. Dalam pada penjawat awam masih terus menunggu sebarang tindakan susulan dan seterusnya melibatkan perubahan dan penambaikan ke atas SSM selepas pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, Cuepacs terus melancarkan “6 Tuntutan 1.4 Juta Kakitangan Awam Sempena Pembentangan Bajet 2013″ ini…..


Orang ramai kata, kalau nak mintak “lebih” inilah masa dan ketikanya.

Senarai 6 Tuntutan Cuepacs Bagi 1.4 Juta Kakitangan Kerajaan Dalam Bajet 2013?

Cuepacs Bajet 2013 : 6 Tuntutan Cuepacs. Jika 70% Diluluskan, Kakitangan Kerajaan Kerja Lebih Masa Setiap Hari!
  1. Diharapkan kerajaan dapat menyediakan lebih banyak lagi (35%) perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar  harga RM60,000 dan RM150,000. Sangat bersetuju. Apartment biasa pun kebanyakannya dah melonjak ke RM180,000 sekarang
  2. Meningkatkan elaun perumahan sewa bulanan daripada RM180 yang ditawarkan ketika ini
  3. Menawarkan bonus 2 bulan gaji kepada kalangan penjawat awam
  4. Membela nasib 45,000 pekerja kontrak yang berakhir pada 31 Disember 2012 ini yang kebanyakannya masih berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar. Penyelesaian yang difikirkan sesuai samada melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan
  5. Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat
  6. Penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan
Tuntutan Cuepacs Bajet 2013 Bajet 2013 : 6 Tuntutan Cuepacs. Jika 70% Diluluskan, Kakitangan Kerajaan Kerja Lebih Masa Setiap Hari!Andaikata daripada 6 tuntutan di atas, 70 peratus diluluskan oleh pihak kerajaan dalam Bajet 2013, Cuepacs yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam dikatakan telah berjanji kepada kerajaan supaya anda, anda semua yang merupakan penjawat awam mesti bekerja lebih masa sebagai balasan di atas tuntutan yang dipenuhi dalam Bajet 2013 ini nanti tanpa sebarang ganjaran…
Butirannya ialah :
  • Cuepacs akan pastikan akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja supaya kakitangan kerajaan datang kerja 15 minit lebih awal dan balik lewat 15 minit lebih lewat
  • Bermakna selepas ini kakitangan kerajaan akan ditambah 30 minit masa bekerja setiap hari tanpa ganjaran
Kami mengharapkan jikalau masa bekerja kakitangan kerajaan dilaksanakan pun tidak terjadi insiden dan tidak diamalkan budaya seperti ini :
  1. Adakah 15 minit yang pertama dan terakhir tidak digunakan untuk bergosip, esok nak pakai baju warna apa. Malam ini nak masak apa dan lain-lain lagi?
  2. Adakah 15 minit awal digunakan untuk minum pagi 15 minit sebelum balik minum petang?
  3. Adakah menggunakan masa awal 15 minit yang pertama digunakan untuk punch kad, dan seterusnya check ini di warung sehingga pukul 10 pagi. Ehem…Tidak eloklah macam itu kan?
  4. Itu belum dikirakan yang jenis tukang buka/tutup pejabat, “claim OT” setiap kali kena giliran. Datang pukul 7.30 pagi buka pejabat kemudian terus pergi minum dan balik pukul 6 petang. Sehari dapat claim OT sejam untuk tugas itu sahaja. Kalau seminggu, sebulan…? Macam-macam ragam sebenarnya…..
  5. Ada pula yang belum cukup masa nak balik, sudah ada yang dah beratur kat punch card clock. Alahai??
Cuepacs Belanjawan 2013 Bajet 2013 : 6 Tuntutan Cuepacs. Jika 70% Diluluskan, Kakitangan Kerajaan Kerja Lebih Masa Setiap Hari!
Macam-macam kerenah dan sikap kita akan jumpa.
Tetapi rami juga kakitangan kerajaan yang amanah menjalankan tugas mereka. Apa yang boleh dikatakan hanya dengan ucapan tahniah yang dapat diungkapkan.
Di mana menggalas amanah rakyat dengan jayanya..
  • Tetapi, bagi pendapat kami tidak perlu ditambah masa pun sebenarnya, jikalau budaya kerja masih ditakuk lama. Yang penting sebenarnya adalah kerja yang berkualiti bukannya kuantiti masa yang dihabiskan begitu sahaja semata-mata memenuhi tuntutan yang ada.
  •  Jikalau ikut semua itu, insyallah semakin murah rezeki.
Walaubagaimanapun, kami tidak pasti lagi apa respon balas sebahagian besar kakitangan awam terutamanya pembaca Berita Semasa di sini. Bagaimana setuju supaya kakitangan kerajaan bekerja lebih masa?

Setuju Tawaran Bekerja Lebih Masa Penjawat Awam Untuk Kerajaan?


3 comments:

  1. 30minutes extra for everyday working is a small matter. Most of the time i will come early and leave the office atleast 5.30pm.

    ReplyDelete
  2. Take payahla nak tambah masa.. kiraan gaji pun masih tak betul. Ssm baru lebih teruk dari sbpa. Bagi PA yang tarikh pergerakan gaji (tpg) bukan bulan januari akan mendapat gaji kurang dari junior setahun dibawahnya yang management tpg bulan januari. Inikan pula jika tpg bulan oktober hanya akan melebihi gaji junior selama 3 bulan sahaja setiap tahun (okt. - dis) . Ramai PA yang mengeluh dlm soal ini. Lagi mahu tambah masa kerja ke? Utk tpg bulan januari wajarlah..

    ReplyDelete
  3. Kita mendapat rezeki dengan cara yang halal iaitu dengan bekerja. Tapi adakah rezeki yang halal itu berkat disebabkan CARA BEKERJA?

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist