KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Kerajaan Barisan Nasional akan menguatkuasakan
pindaan Seksyen 144A Akta Keterangan 1950 yang akan menjadikan semua
pemilik laman web, blog, facebook dan twitter sebagai pesalah walaupun
komen di dalamnya dibuat oleh orang lain.
Dengan itu, kerajaan UMNO-BN terbukti telah mengamalkan kezaliman bahawa “anda didapati bersalah sehingga dibuktikan benar”.
Melalui Seksyen 144A, jika pemilik laman internet kena godam (hacked), kesalahan tetap dikenakan ke atas pemilik laman-laman tersebut.
Biasanya komen dan serangan di alam internet sering dilakukan oleh
pecacai siber pro-UMNO dengan kata-kata fitnah, bohong, lucah dan
membenci kaum serta agama. Mereka sering menyerang laman-laman internet
yang mahu kepada keadilan, kebebasan dan demokrasi.
Justeru, DAP menyokong penuh kempen Internet Blackout Day pada Selasa ini (14 Ogos), yakni kempen membantah penindasan kerajaan UMNO-BN yang mahu mengawal kebebasan internet.
Kempen ini dianjurkan oleh The Centre for Journalism (CIJ) Malaysia
sebagai protes terhadap pindaan Akta Keterangan (No. 2) 2012 yang
diluluskan pada 9 Mei 2012 di Dewan Negara dan digazet oleh Menteri
(Undang-Undang) di Jabatan Perdana Menteri yang menyekat kebebasan
bersuara dan bermaklumat rakyat
Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, pindaan itu menyebabkan
rakyat Malaysia akan dipertanggungjawabkan di atas setiap isi kandungan
yang terdapat dalam laman-laman akaun Facebook, Twitter, blog atau
forum internet termasuklah komen dan artikel yang ditulis oleh orang
lain.
“Kita percaya bahawa pindaan itu boleh ditafsirkan sebagai satu
percubaan oleh pihak berkuasa dan polis untuk menapis apa yang boleh dan
tidak boleh diperkatakan di internet.
“Peraturan yang diluluskan itu dilihat berniat tidak baik dan ianya
akan melemahkan tujuan internet sebagai salah satu wadah untuk
menyebarkan maklumat dan memudahkan perbincangan secara terbuka,”
katanya.
Beliau menjelaskan, orang yang dicuri identiti mereka dalam talian
(yakni orang lain menyamar sebagai anda) juga boleh dikenakan tindakan
di bawah akta ini jika kandungan yang dianggap ‘salah’ oleh kerajaan
UMNO-BN diterbitkan dalam talian menggunakan akaun yang dicuri.
“Ini bermakna, semua pengguna internet tidak akan terkecuali mungkin menjadi mangsa akta ini.
“Apa
yang menakutkan, anda akan mudah sahaja menjadi mangsa sekiranya ada
pihak mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama dan
maklumat anda dan melakukan ‘kesalahan’.
“Ini adalah kerana Seksyen 114A menganggap bahawa anda ialah pemilik
sebenar akaun terbabit termasuklah sekiranya rangkaian wifi rumah anda
dicuri atau digodam oleh pihak lain,” tambah beliau.
Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, pindaan
akta itu akan menyebabkan hotel, restoran dan kafe siber tidak mahu lagi
menawarkan akses internet kepada pelanggan kerana takut mereka akan
dikenakan tindakan undang-undang.
Apa yang anda boleh lakukan?
Layari http://stop114a.wordpress.com/get-involved/website-owners-and-bloggers/ dan ikuti langkah-langkah yang diterangkan dengan teliti.
Untuk maklumat lanjut, layari http://stop114a.wordpress.com/ dan http://dapmalaysia.org/stop114a/
Sunday, 12 August 2012
Undang-undang baru internet: Orang lain buat, anda kena
2012-08-12T14:18:00+08:00
Nizar
info|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
Ahli kelab motosikal lepak, baring dalam ‘mini market’59 minutes ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-