.

Wednesday 1 August 2012

Setan, Syaitan, Sultan - Tulisan terkini S.H Al-Attas

Kebangkitan sudah mula dirasakan dimana-mana…terutamanya kebangkitan menentang kezaliman, penyelewengan dan salahguna kuasa. “Pemerintah” yang sepatutnya bertanggungjawab kepada “rakyat”,

sebaliknya menggunakan rakyat untuk kepentingan mereka. Terlalu banyak pemerintah yang sudah lupa diri, hidup dengan kemewahan atas kesusahan rakyat. Ramai yang hidup dengan keborosan ketika rakyat merasai penderitaan.

Uncleseekers telah “memulakan” pembongkaran tentang kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah. Tulisannya didalam blog telah “mencetuskan” kesedaran tentang apa yang dilakukan oleh pemerintah.

 Sokongan terhadap Uncleseekers terus tinggi walaupun blognya sudah tidak dikemaskini sejak beberapa minggu lalu dan masih ramai yang tertunggu-tunggu artikel didalam blog barunya.

Bukan itu saja…

S.H Al-Attas juga akan begabung tenaga dengan Uncleseekers untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah.

Tak lama lagi, sebuah buku yang ditulis oleh S.H Alattas akan berada dipasaran. Apakah pembongkaran S.H Al-Attas akan lebih hebat dari siri Uncleseekers?

Tengok tajuk saja sudah cukup menggemparkan. Setan, Syaitan dan Sultan.
Apakah  persamaan diantara Setan, Syaitan dan Sultan? Apakah Sultan dah jadi setan? Ataupun Sultan sudah dirasuki syaitan?

Peerghh!!

Politik negara makin hari makin panas. Anwar sudah memasuki Sabah dan beberapa orang sudah ditakluki. Tapi apakah Anwar boleh menjamin Pakatan menumbangkan BN dalam PRU nanti..atau apakah Anwar sebenarnya menjadi penyelamat kepada Umno?

Najib sudah bergaduh dengan Muhyidin sampai menumbuk meja. Kalau Tun Razak bertanggungjawab menghancurkan Perikatan dan seterusnya menubuhkan Barisan Nasional…apakah Najib akan bertanggungjawab menguburkan BN dan menubuhkan Pakatan Nasional?

Apakah Muhyidin akan bergabung dengan Anwar..manakala Najib pula bergabung dengan Pas?
Bagaimana pula penentangan terhadap Sultan Johor? Bagaimana dengan penentangan terhadap Sultan Perak?

Panas…panas…panas….tunggu buku S.H Al-Attas yang bertajuk Setan, Syaitan dan Sultan.

Petikan Dari: http://mediaperak.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist