Saturday, 4 August 2012

Polis Pukul Wartawan

Oleh: Tukang Lawan

Polis yang merupakan saksi ke 23 pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) marah apabila panel siasatan menyentuh tindakan mereka menghalang media merakam gambar aksi anggota itu semasa bertugas pada Himpunan Bersih.

Kalau ambil gambar saya, saya pun marah!” kata Assistan Superintenden (ASP) Zahari Yusof penuh emosi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam pemerhati berhubung tindakan polis menghalang pihak media daripada merakam, dan pada tahap merampas kad memori jurugambar ketika membuat liputan pada 28 April lalu.

Ditanya sama ada menjadi kesalahan untuk polis berbuat demikian, beliau menjawab ia bergantung kepada anggota yang berhadapan situasi berkenaan.

Saya tidak tahu di atas undang-undang apa, tapi saya sebagai individu berhak untuk halang orang ambil gambar saya,” katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan wujudnya arahan pihak atasan untuk menghalang jurugambar merakam tindakan mereka sepanjang perhimpunan aman itu.

Dalam sesi pendengaran sebelumnya, jurugambar akhbar The Star, P Puspanathan berkata, beliau dikepung polis apabila cuba mengambil gambar polis membelasah peserta himpunan.

Sementara jurugambar Malay Mail, Muhammad Arif Kartono cedera di bibir akibat dibelasah enam polis dan kameranya sengaja dipecahkan.

Wartawan The Sun, Radzi Razak pula dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur akibat kecederaan dalaman selepas diserang kira-kira tujuh anggota polis.

Marah atau takut gambar itu nanti tersebar dan dijadikan bukti, ika tidak timbul arahan, mengapa jurugambar dikepung beramai- ramai? fikirkan lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)