.

Thursday, 23 August 2012

BN yang ikut Obama, sehingga terpaksa guna slogan ‘Janji Ditepati’

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) mengatakan bahawa Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya mengikut cara presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama — berjanji tetapi tidak tahu menunaikannya sehingga terpaksa menggunakan slogan ‘Janji Ditepati’ dalam kempen mereka untuk meyakinkan pengundi.

Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu menjawab kembali kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat (PR) ibarat presiden AS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak mampu untuk menunaikannya.

“Yang sebenarnya ikut Obama, BN lah.

“Mereka dah lama berjanji macam-macam tetapi tak mampu nak tunai.

“Sebab itu mereka terpaksa guna slogan ‘Janji Ditepati’ dalam kempen mereka untuk meyakinkan pengundi yang mereka benar-benar tunaikan janji,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Mohamad juga menjelaskan, dendam peribadi Dr Mahathir terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan dengan penuh kebencian terhadap pemimpin PKR tersebut.

“Kalau Anwar jadi perdana menteri, dia terikat dengan PR.

“Dia tak boleh buat suka hati dia,” tambahnya lagi.

Dalam tulisan terbarunya semalam, Dr Mahathir memberi amaran kepada rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan PR yang beliau dakwa menabur janji sepertimana yang dilakukan oleh Obama, dimana presiden AS itu masih belum dapat menunaikannya.

Diantara janji Obama yang belum ditunaikan adalah seperti menutup Kem Tahanan Guantanamo Bay, mengeluarkan tentera AS dari Afghanistan dan Iraq.

Dr Mahathir turut mengatakan bahawa Anwar hanya bercita-cita untuk menjadi perdana menteri akan tetapi tidak layak untuk memimpin negara./~TMI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist