Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali telah meminta penjelasan daripada Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan penglibatannya dengan oraganisasi Freemason dalam kenyataannya kepada pemberita.
KUALA LUMPUR 14 Ogos – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia bagaimana nama beliau boleh tersenarai sebagai salah seorang ahli dan pemimpin dalam organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang terkejut dengan perkara itu berkata, berdasarkan senarai kedudukan yang disiarkan dalam laman web organisasi tersebut, Civil Service Lodge No. 148, peranan Anwar begitu aktif.
“Saya tidak menuduh Anwar tetapi menuntut beliau memberi penjelasan kerana perkara ini sangat mustahak. Ini kerana nama individu yang menyandang kedudukan dalam organisasi tersebut sama dengan Anwar tetapi jika hanya pelanduk dua serupa tidak mengapa.
Kami bukanlah nak kata apa,
kadang-kadang ragam politik di Malaysia ini, boleh jadi macam-macam.
Begitu juga kenyataan dari Ibrahim Ali ini. Kami telah menyemak laman
web yang dikatan oleh Ibrahim Ali yang memhon penjelasan Anwar Ibrahim berhubung kegiatan aktifnya dalam Freemason.
Terus-terang
kami katakan, setelah disiasat, jawapannya adalah ia bukanlah Anwar
Ibrahim yang dimaksudkan. Apa yang kami hairankan disini, mengapa
Ibrahim Ali tidak menyemaknya sendiri terlebih dahulu?
Bukanlah
susah sangat.Jika ada dakwaan, pastikan ianya adalah fakta dan bukanlah
dibuat dengan sengaja untuk meraih populariti.Akhirnya malu diri
sendiri.Berikut di bawah adalah gambar Anwar Ibrahim (lelaki paling kanan) yang sebenar yang dimaksudkan.
P.S. Senangnya kerja jadi orang politik ni…Hit and Run