Sudah hampir sepuluh tahun Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari jawatan
Perdana Menteri dan Presiden Umno. Ada orang kata buang 'dakwat' sahaja
kalau hendak menulis atau mengkritik mantan PM ini.
Namun, kadang-kadang kita perlu diimbaskan kembali wajah politik Dr
Mahathir, yang sehingga kini, masih mendominasi atau dictate masa depan
Umno, khususnya pelbagai gesaan yang beliau lakukan terhadap PM, Dato'
Seri Mohd Najib Tun Razak.
Walaupun usianya sudah lanjut, tetapi sehingga hari ini Dr Mahathir
masih aktif berpolitik, mengeluarkan kenyataan politik dan menghentam
Pakatan Rakyat.
Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering menjadi sasarannya.
Nampak jelas mantan Presiden Umno itu sangat berjaki dengan Anwar.
Baru-baru ini beliau terus menyerang Anwar dan menggesa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersara daripada politik.
"Ada pemberita tanya, Dr Mahathir suruh berhenti sekarang. Saya kata tak
apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat. Kamu Dr Mahathir, duduk
diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Kalau
kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu! Seorang pemimpin, puluh
bilion kekayaan anak-anaknya," tegas Anwar dalam ceramahnya di Selayang,
baru ini.
Anwar mempersoalkan mengapa Dr Mahathir terlalu marah kepadanya.
Sedangkan selama ini, beliau tidak pernah mengacau dan telah pun
memaafkan bekas PM tersebut.
"Sudahlah. Yang kena pukul saya, Mahathir, bukan kamu. Yang kena penjara
saya, yang kena telanjang saya. Sudahlah, saya dah maafkan.
"(Tetapi) yang kamu takut ini apa? Rupanya, dia takut saya nak rampas
harta dia dan anak pinak dia," katanya sambil mengimbau detik-detik
perselisihan beliau dengan Dr Mahathir sebelum dipecat daripada kerajaan
pada September 1998.
Ramai kalangan rakyat Malaysia yang dibutakan dengan fakta. Mereka
digelapkan daripada mengetahui kekayaan Dr Mahathir anak-beranak. Kita
tidak menuduh beliau kaki rasuah, namun sewaktu beliau masih menjadi PM
lagi, anak-anaknya didapati menguasai lebih 160 buah syarikat, mengikut
dokumen daripada Pendaftar Syarikat.
Apa yang disebutkan Anwar harus dibongkar. Bagaimana mereka sekeluarga
boleh memperolehi kekayaan mencecah puluhan bilion ringgit? Ini tidak
harus kita diamkan.
Apa pun, Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang berjaya membangunkan
negara. Beliau juga berjaya mendidik anak-anaknya, supaya berjaya dalam
politik dan perniagaan.
Dr Mahathir adalah bapa mithali. Seorang bekas PM yang hebat dan bekas
Presiden Umno yang berjaya. Beliau berjaya kerana beliau dan
anak-anaknya menguasai konglomerat terbesar.
Bukan sahaja di Malaysia. Khabarnya kekayaan mereka meliputi Filipina
sehingga ke Buenos Aires, Argentina. Kita tidak tahu sama ada syarikat
yang dikuasai mereka, meliputi negara-negara bekas jajahan Soviet Union
seperti Kyrgyzstan, Kazakhstan dan lain-lain.
Justeru, seluruh anggota dan pemimpin Umno harus mengambil contoh kejayaan Dr Mahathir, anaknya Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz.
Anak sulungnya, Mirzan membuktikan bahawa beliau adalah Bumiputera yang
berjaya, hasil didikan Umno. Beliau adalah intipati daripada profesional
yang berjaya, hasil doktrin perjuangan kebangsaan Melayu Umno.
Mana tidaknya. Bukan senang orang Melayu hendak berjaya dalam
perniagaan. Bukan senang kaum Bumiputera, anak seorang pemimpin Islam
boleh menguasai syarikat yang bertaraf antarabangsa.
Seorang lagi anak Mahathir, Mokhzani, bekas bendahari Pemuda Umno adalah
pemilik Kencana Petroleum. Kencana merupakan salah sebuah dari tujuh
syarikat yang mendapat lesen menggali minyak daripada Petronas. Bapanya,
merupakan Pengerusi Petronas. Ada sumber memberitahu kekayaan Mokhzani,
hasil daripada syarikat minyaknya, mencecah RM1.6 bilion.
Anak bongsunya, Dato' Mukhriz, walaupun kerjaya politik tidak seberapa,
bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pun kalah, tetapi dilantik
menjadi timbalan menteri. Sekarang ini, beliau mencadangkan Mukhriz
menjadi antara bakal calon Menteri Besar Kedah. Itu pun jika BN menang,
kalau BN melingkup, tiada ada apa hendak dikata lagi.
Bercerita tentang kehebatan Mirzan. Beliau sebelum ini, menguasai
syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga
pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman
arak yang terbesar di negara tersebut.
San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat
yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang
arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan
Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah
negara di seluruh dunia.
Walaupun San Miguel turut terbabit dalam beberapa bidang perniagaan
lain, tetapi yang jelas penglibatan Mirzan, selaku anak kepada bekas PM,
anak bekas Presiden Umno yang beragama Islam, yang partinya mendakwa
parti Islam terbesar dalam Malaysia, mencetuskan banyak persoalan.
Hari ini rakyat Malaysia mempersoalkan pula, bagaimana Mirzan melalui
San Miguel berjaya menguasai syarikat minyak Esso Malaysia. Esso
kemudiannya menukar nama kepada Petron dan Petron diberi kontrak untuk
membekalkan minyak kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
MAS sebelum ini mendakwa mengalami kerugian, kerana terpaksa menanggung
kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas, dan Dr Mahathir selaku
Pengerusi Petronas.
Esso sudah 'direbranded' sebagai Petron selepas syarikat asal dari
Filipina, Petron Corp yang merupakan sebahagian daripada syarikat milik
konglomerat San Miguel menjadi pemegang saham terbesar Esso Malaysia
dengan pegangan saham sebanyak 73.4 peratus.
Apa yang jelas hari ini, Putrajaya yang dipimpin Najib begitu membisu
dengan penguasaan ekonomi yang semakin rancak oleh anak-beranak Dr
Mahathir. Yang jelas, mereka semakin mendominasi ekonomi negara. Penuh
dengan 'conflict of interest.'
Kita menggesa Putrajaya untuk memberi penjelasan bagaimana
syarikat-syarikat yang merupakan aset penting negara, boleh dikuasai
oleh entiti asing dengan harga belian di bawah harga pasaran sebenar.
Seperti yang ditegaskan Anwar, Najib harus membuat penjelasan kepada
rakyat, mengapa semua urusniaga yang membabitkan Petronas, MAS, Petron
dan sebagainya, dilakukan untuk kepentingan Dr Mahathir anak-beranak?
Bagi Dr Mahathir, beliau anak-beranak, boleh tersenyum bangga kerana
mereka merupakan Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan, dengan nilai
syarikat-syarikat besar yang mereka kuasai mencecah puluhan bilion
ringgit.
Tetapi bagi rakyat, kami tidak akan berpuas hati. Kami tidak akan
meredai harta milik negara diserahkan kepada syarikat kroni pemimpin
Umno. Harta rakyat bukan harta yang mudah-mudah hendak dibidak-bidak
pemimpin Umno anak-beranak.
Justeru kita menuntut Putrajaya memberi penjelasan segera. Kita juga
menuntut Dr Mahathir dipecat daripada Petronas kerana pelbagai
kepentingan negara diraih beliau anak-beranak. Negara akan musnah jika
pemimpin Umno dibiarkan untuk bebas sebegini.
Kayalah kamu, mewahlah hidup kamu wahai pemimpin Umno! Itulah berkat
daripada kilang arak San Miguel! Berkat dari perjuangan kebangsaan,
tanpa mengira halal haram. Meminjam kata Najib di Felda tempohari,
memang 'haram jadah'!
-Aspirasi
Saturday, 14 July 2012
Umno menuai berkat daripada kilang arak San Miguel
2012-07-14T00:00:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-