Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET
SEJAK
diikat jamin pada 8 April 2012, (Bekas) Pengerusi Ko-Nelayan dan Adun
Sekong, Datuk Samsuddin Yahya belum didakwa ke Mahkamah Syariah Kota
Kinabalu setelah 'ditangkap basah' oleh Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Sabah (JHEAINS) di Hotel Hyyatt Kinabalu pada malam 7 April
2012.
Paparazzi dimaklumkan bahawa 'Datuk S' @ Samsuddin yang kisah kes khalwatnya disiarkan dalam Sabahkini.net bertajuk 'Datuk 'S' Ditangkap Khalwat?'
diberkas ketika sedang memadu kasi dengan pasangannya yang bukan
beragama Islam setelah kumpulan serpihan UMNO Batu Sapi membuat laporan
setelah melakukan intipan selama lapan jam.
Percubaan
Paparazzi untuk menghubungi Ketua Penguatkuasa JHEAINS dan Polis yang
mengiringi serbuan gagal kerana mereka enggan memberikan sebarang komen
dan memberitahu tunggu pendakwaan di mahkamah kerana kes berprofail
tinggi seperti ini dikendalikan pegawai yang lebih tinggi.
Pemeriksaan
Paparazzi di Mahkamah Syariah Kota Kinabalu juga mendapati tidak ada
kes Datuk S dipaparkan di papan kenyataan Mahkamah Syariah seperti kes
jenayah syariah lain.
Pendaftar
Mahkamah Syariah juga enggan memberikan sebarang maklumat melainkan
berkata di luar bidang kuasa beliau memberikan sebarang kenyataan media
dan kes masih dalam siasatan JHEAINS.
Paparazzi
sempat menjalankan semakan di Mahkamah Syariah Kota Kinabalu dengan
bantuan seorang petugas mahkamah bahawa mengikut Seksyen 84 (1), Enakmen
3, Bahagian IV, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995, menjelaskan
bahawa;
"Seseorang
lelaki yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan atau berkurung
atau bersembunyi yang mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat
di mana-mana tempat dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya selain
daripada isterinya adalah bersalah atas kesalahan khalwat dan boleh,
apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu
ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya sekali."
Mengikut
maklumat yang diterima, Datuk S memberitahu para pengikutnya agar tidak
bimbang kerana Ketua Menteri Sabah telah menutup kes khalwatnya dan
memberi beliau peluang menjadi calon DUN Sekong sepenggal lagi dan
meneruskan jawatan Pengerusi Ko-Nelayan sekalipun surat penyambungan
kontraknya belum diserahkan sehingga hari ini.
Bagaimanapun
usaha untuk menghubungi Ketua Menteri gagal kerana sibuk dengan program
Berbuka Puasa dan Sembahyang Tarawih sepanjang ramadan.
Paparazzi juga dihubungi pihak tertentu yang ingin menjual gambar Datuk S bersama beberapa wanita yang menjadi mangsanya, termasuk anak rakannya dari Semenanjung Malaysia. Pihak berkenaan juga mendakwa memiliki mereka Video Seks Datuk S yang mereka rakam secara rahsia dengan kerjasama pekerja Hyyatt Kinabalu.
Paparazzi juga dihubungi pihak tertentu yang ingin menjual gambar Datuk S bersama beberapa wanita yang menjadi mangsanya, termasuk anak rakannya dari Semenanjung Malaysia. Pihak berkenaan juga mendakwa memiliki mereka Video Seks Datuk S yang mereka rakam secara rahsia dengan kerjasama pekerja Hyyatt Kinabalu.
Paparazzi
menemui mereka dan telah menonton sedutan video berkenaan melalui
telefon bimbit salah seorang yang memiliki koleksi peribadi Datuk S,
namun Ketua Editor Sabahkini.net enggan memberi kebenaran menyiarkan
videoklip berkenaan di Sabahkini.net kerana bertentangan dengan Dasar
Sabah kini bersekongkol dengan 'jenayah' kerana mereka merakam video
secara haram dan mencabul hak asasi manusia.
Tambahan pula harga yang mereka minta agak mahal, RM50,000; melainkan ada pihak yang ingin menaja, terutama musuh politiknya, barulah Paparazzi berminat kerana ada pihak yang bersedia menyiarkan video berkenaan.
Tambahan pula harga yang mereka minta agak mahal, RM50,000; melainkan ada pihak yang ingin menaja, terutama musuh politiknya, barulah Paparazzi berminat kerana ada pihak yang bersedia menyiarkan video berkenaan.
(NOTA
: Paparazzi juga tidak sabar mahu menonton Videoklip penuh 'Datuk S'
kerana rakaman yang ditunjukkan melalui Telefon Bimbit dalam versi MP4
dan bukannya HD)
-sabahkini.net