.

Saturday, 21 July 2012

Memang gila!

Oleh: accudo




Maka berkatalah pegawai polis sesat mana entah, parti-parti pembangkang (yang jelas dapat difahami yang dimaksudkan dalam konteks politik Malaysia hari ini ialah PAS, PKR dan DAP) telah diresapi anasir JI dan Komunis! 

Nampaknya dek kerana Amerika Syarikat dan Israel telah mencipta istilah penganas Islam, maka pagawai polis ini nampaknya begitu selesa untuk menjadikan JI ini sebagai watak yang wajar diwujudkan dalam parti-parti pembangkang terutama PAS walaupun tanpa ada sebarang bukti kepada umum dan mana-mana mahkamah undang-undang!

Bukti yang nyata dan terlalu ketara, PAS terutamanya, yang selama ini dengan istiqamah mengajak umat Islam menjadikan Islam sebagai cara hidup, mengajak umat manusia melakukan amal makruf nahi mungkar. Itulah kerja PAS siang dan malam dan terbukti tidak pernah sesaat pun PAS membunuh walau sekerat manusia pun dalam memperjuangkan haknya seperti mana sebaliknya yang dilakukan oleh sebuah parti lain yang membunuh ahli-ahli PAS dalam peristiwa Memali - itupun PAS di tuduh diresapi pengganas JI!?

Gila, PAS yang mengajak umat Islam menjadikan Islam sebagai cara hidup - dikatakan diresapi penganas?

Gila, PAS yang mengajak umat Melayu menentang penyenaraian FGVB ke bursa Malaysia daripada dikuasai oleh cukong kapitalis tamak yang boleh melesapkan harta orang melayu - dituduh diresapi pengganas!? 

Gila, PAS bersama PKR dan DAP yang menentang dan mendedahkan rasuah dan pembaziran harta rakyat oleh para pemimpin Umno/Bn yang jelas dan nyata seperti yang didedahkan oleh Rafizi dan Mazlan Aliman - dikatakan diresapi pengganas!? 

Gila, PAS yang mahukan Suruhanjaya Pilihanraya yang dikuasai oleh orang yang disyakki ahli Umno berlaku adil dan berintegriti sebagai SPR - dikatakan diresapi pengganas!? 

Gila, PAS yang berusaha mentarbiyah Abby Abadi dan artis-artis lain mencintai Islam - dituduh sebagai diresapi pengganas!? 

Gila, PAS yang mengajak orang ramai menjaga akhlak dan moral dikatakan diresapi pengganas!? 

Gila, PAS yang sokong sepenuhnya hasrat seorang wakil rakyat Umno Johor mahu Umno laksanakan hudud di Johor - dituduh diresapi pengganas!?

Gila, PAS yang mengajak rakyat berdemonstrasi aman dalam menentang kerajaan yang zalim dikatakan diresapi pengganas!?

Memang gila dan segelintir yang gila sahaja yang akan mempercayainya kerana mereka itu memang gila...gila babi!

1 comment:

  1. Assalamualaikum, Gila kata tuan, tapi lain pula tafsiran saya:-
    1. Ada hikmah sesuatu itu berlaku, seperti firman Allah yang bermaksud: Kekadang apa yang kamu suka adalah keburukan/kejahatan kepada kita. Kekadang apa yang kita tak suka itulah kebaikan untuk kamu.
    Memang kita tk suka orang kaitkan kita dengan kominis atau ji ini, bukankah ini satu kebaikan kepada kita kurang2 dapat membuka minda orang ramai betapa ceteknya pengetahuan orang memperkatakan perkara tersebut.menambah ketidak yakinan orang terhadap pihak yang mendakwa perkara tersebut. Bukankah itu untung untuk kita.
    Kedua; Ujian Allah seperti maksud firmannya : Dan kami akan uji kamu .....
    Ini adalah antara ujian Allah keatas perjuangan kebenaran, Nabi kekasih Allah diuji dengan bermacam2 apatah kita ini diuji dengan dakwaan2 yang tak berasas usah melatah dengan tuduhan ini, segala bentuk ujian untuk mematangkan fikiran dan meluaskan pengalaman kita, mencari jalan bagaimana mengatasinya denga cara berhemah dan bijaksana.
    Banyak lagi pandagan positif saya dalam perkara ini. Wassalam.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist