GEORGE TOWN, MCA dicabar supaya mengulangi fitnah di luar
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkaitan pembohongan mereka terhadap
peribadi dan keluarga Ketua Menteri Pulau Pinang, agar isteri YAB Lim
Guan Eng, iaitu Betty Chew, boleh membuktikan di mahkamah dakwaan palsu
MCA tersebut.
Jika MCA berani berbuat demikian, Guan Eng dan isterinya akan
mendedahkan di mahkamah bahawa MCA telah bermain politik lucah dan kotor
serta membuktikan bahawa “Lim Guan Eng bukan Chua Soi Lek”.
Guan Eng di dalam kenyataan akhbarnya hari ini mengecam cubaan
membunuh karektor peribadi beliau dengan mengheret isteri dan ahli
keluarga beliau dalam kancah politik lucah yang didalangi oleh Barisan
Nasional dan MCA.
“Jelas BN mengamalkan politik kotor dengan cuba menjatuhkan pemimpin
yang dipilih secara demokratik bahkan menyerang ahli-ahli keluarga yang
tidak bersalah. Sebelum ini anak saya yang berumur 15 tahun, yang masih
di bawah umur, dituduh melakukan pencabulan seksual terhadap rakan
wanita sekelasnya oleh laman web UMNO,” kata beliau.
Fitnah UMNO tersebut akhirnya terbongkar apabila gambar gadis yang
kononnya dicabul itu dikenal pasti sebagai seorang juara catur Hong Kong
dan tidak pernah bertemu dengan mana-mana ahli keluarga Guan Eng.
Setelah gagal, jentera media BN kali ini beralih pula kepada isteri
beliau, Betty Chew yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi
kawasan Kota Laksamana.
Isnin lalu, Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo di dalam DUN
Melaka telah menuduh Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan seorang
petugasnya sendiri dan menuntut isterinya supaya menjawab tuduhan bahawa
beliau (Betty) telah memukul wanita tebabit dan mengakibatkan wanita
itu dipindahkan dari pejabat Ketua Menteri.
Menurut Guan Eng lagi, Gan telah menyalahgunakan keistimewaan dan
jaminan perlindungan di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka dengan
membuat dakwaan palsu mengenai skandal moral terhadap beliau di dalam
dewan tersebut.
“Saya mahu Gan untuk mengulangi tuduhan itu di luar supaya saya dan
isteri boleh membuat saman fitnah kerana mengeluarkan kenyataan yang
kurang ajar atau biadap itu,” tegas beliau.
Guan Eng mendakwa bahawa Gan adalah orang yang tidak layak untuk
menjadi suami dan bapa kepada anak-anaknya kerana sanggup membuat
tuduhan palsu demi menghancurkan bukan sahaja karier politik tetapi juga
kebahagiaan rumah tangga orang lain.
“Apakah jenis pemimpin seperti Gan ini apabila dia sanggup
dipergunakan sebagai orang suruhan UMNO untuk bermain politik longkang
itu?” tambahnya lagi.
Setiausaha Agung DAP itu juga menengaskan bahawa DAP tidak pula
pernah menyalahgunakan keistimewaan dan prosiding Parlimen untuk
menyerang Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek apabila video lucahnya
didedahkan.
Beliau justeru menuntut supaya Perdana Menteri Najib Tun Razak
sendiri yang mengarahkan MCA supaya megulangi fitnah itu di luar dewan,
memandangkan Chua Soi Lek tidak mempunyai kapasiti moral untuk berbuat
demikian, kerana turut terpalit skandal sebelum ini.
“Biar MCA mengulangi dakwaan mereka di khalayak ramai supaya saya dan
isteri boleh buktikannya di mahkamah bahawa “Lim Guan Eng bukan Chua
Soi Lek”.
“Saya tidak mempunyai mana-mana hubungan rapat atau rahsia dengan
bekas kakitangan saya. Isteri saya tidak pernah menyerang saya atau
sesiapa pun dalam hidupnya,” jelas beliau lagi.
Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek dijadual bertemu lagi dalam acara debat
kali kedua pada hari Ahad, 8 Julai ini. Debat kali ini bakal
membincangkan dasar DAP berbanding MCA, siapa yang lebih memberi faedah
kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini. – Roketkini.com
7 warga asing antara ditahan jual kad PR palsu
56 minutes ago
Bila pelakon porno diangkat jadi pemimpin alamat brain damage yang terlampau,bila menyokong yang teramat sangat pada pemimpin mangkuk lucah macam ini menunjukkan tahap akal penyokong parti sekutu apco ! ABU SAHAJA penyelamat Malaysia !
ReplyDelete