Anak Kecil Main Api
" Sememangnya pada masa ini parti politik di Malaysia sedang bermain
api. Pelbagai isu dan agenda dan persepsi dimainkan dan Rakyat
Malaysia jelas atau tidak bahawa parti politik sedang bermain api
seperti kanak-kanak.Bagi mereka bermain api umpama bermain mercun
sempena perayaan dan tiada salahnya kerana sedang berseronok tatkala di
atas mahkota kegembiraan untuk mencipta sejarah bagi parti politik
mereka kononnya Jaguh Rakyat "
Terbakar Hatinya Yang Sepi
"Api-api permainan parti politik sememangnya membakar hati dan sanubari
rakyat dan rakyat hari ini adalah rakyat yang sememangnya hatinya sepi
kerana hilang ketenteraman dan ketenangan dan keamanan yang selama ini
dikecapi oleh rakyat Malaysia"
Air Mata Darah Bercampur Keringat
"Pemimpin Politik lupa kepada semua pengorbanan dan perjuangan
menubuhkan Malaysia dan pemimpin politik mudah lupa kepada titisan air
mata, titisan darah dan keringat rakyat sebelum ini kerana rakyat hari
ini adalah majoritinya yang sedang bermain api bersama pemimpin politik
mereka"
Bumi Dipijak Milik Orang
"Bumi Malaysia sedang dipijak orang dan di jajah dengan pelbagai
mekanisma dan namun kita sedang seronok bermain api dan membenarkan
setiap ruang negara di robek oleh orang-orang yang sememangnya
tahu Malaysia sedang di saat paling lemah dalam sejarahnya"
Nenek Moyang Kaya-Raya
"Pemimpin politik hari ini adalah mereka yang kaya raya dan mudah
memiliki kemewahan dengan berpolitik dan kononya nenek moyang mereka
kaya raya dan suaka politik sentiasa bersama mereka andai huru hara
negara kita namun rakyat hanya ada buni Malaysia "
Tergadai Seluruh Harta Benda
" Harta rakyat tergadai dan akhirnya rakyat merana akibat sikap pemimpin
politik yang lupa bahawa Malaysia milik rakyat namum mereka berpolitik
umpana Malaysia milik nenek moyang mereka."
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
"Sengketa sesama rakyat jelas dengan peranan
Parti Politik yang memperlagakan melayu sesama melayu , cina sesama
cina, india sesama india dan yang lain dengan bangsanya dan akhirnya
berpecahlah perpaduan masyarakat Malaysia yang jelas kita lihat pada
ketika ini"
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
"Cinta kepada negara hilang di arus zaman kerana parti politik
membuatkan setiap rakyat hilang keyakinan terhadap negara mereka yang
dkatakan bakal bankrap, tidak berkebajikan, rasis dan pelbagai tomahan
dan caci hina yang diungkapkan oleh pemimpin parti politik"
Indahnya Bumi Kita Ini
Indahnya Bumi Kita Ini
"Sememangnya Malaysia itu indah dan aman dan adalah negara terbaik untuk
masyarakat pelbagai kaum yang hidup dengan toleransi dan rasa hormat
pada satu sama lain"
Warisan Berkurun Lamanya
" Itulah hakikat sebeanar bahawa rakyat Malaysia cintakan keamanan dan ketenangan yang dikecapi selama ini"
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
" Hasil negara mengalir ketangan pemimpim politik kerana pada hasrat
setiap pemimpin politik adalah hasil negara yang sememangnya menjadi
idaman mereka"
Peribumi Merintih Sendiri
"Rakyat Malaysia hanya mampu merintih di saat ini kerana negara dalam
krisis politik dan tiada pemimpin yang jujur dan ihlas berjuang dan
berkhidmat untuk rakyat"
Masa Depan Sungguh Kelam
"Sungguh malang nasib rakyat dengan kualiti pemimpin politik yang wujud
di Malaysia hari ini dan sesunguhnya masa depan sungguh kelam dengan
pemimpin umpama mereka"
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
"Akan hilang segalanya bagi rakat Malaysia dan hanya tinggal masa depan yang kelam untuk generasi anak anak kita"
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
"Propaganda parti politik akan menutup hati kamananan dan ketenangan
dalam jiwa rakyat Malaysia dan akan mati jiwa kasih sayang terhadap
negara"
Maruah Peribadi Dah Hilang
"Maruah dan peribadi pemimpin poliik sememangnya tiada yang baik kerana
mereka ahli politik dan bersifiat poltik segalanya dan tiada yang wujud
dengan ikhlas "
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
"Rakyat hanya tingal kuasa untuk memilih dan akhirnya menentukan masa depan Malaysia untuk generasi akan datang"
Yang Akan Menentukan Bangsa
"Yang akan menentukan bangsa kita bersatu sesama kita dalam membentuk
Malaysia yang aman, tenteram dan negara yang berdaya maju untuk generasi
akan datang"
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
"Barsatulah rakyat Malaysia dalam menentukan masa depan negara tercinta"
Pulih Kembali Harga Diri
"Kita bersatu memulihkan harga diri yang telah kita gadaikan di peti undi "
Kita Sudah Tiada Masa
"Terlalu banyak masa habis berpolitik dan rakyat merana dengan pemimpin
bercakaran dan berpolitik sepanjang masa dan rakyat tidak terbela"
Majulah Dengan Maha Perkasa
"Berdoalah kita agar Malaysia di lindungi dan diberi kemajuan dan kesenangan untuk rakyatnya"
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
"Jangan kita lalai dalam menentukan masa depan negara milik kita bersama"