.

Friday 13 July 2012

‘Kerabat’ Terengganu Sedia Gempur Umno-BN

KUALA TERENGGANU - Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Angkatan Tentera Malaysia (Kerabat) Cawangan Terengganu sudah bersiap siaga untuk membantu PAS dan Pakatan Rakyat menggempur Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pengerusi Penajanya, Kapten (B) Zulkifli Muda berkata, Kerabat cawangan Terengganu ditubuhkan bagi membela nasib bekas-bekas tentera yang diabaikan oleh kerajaan Umno-BN.

Katanya, kebajikan golongan tersebut tidak dipedulikan setelah tamat berkhidmat mempertahankan tanah air.

“Kami (bekas tentera) tubuh Kerabat ini untuk bela nasib-nasib bekas tentera yang pernah berkhidmat dalam kerajaan. Golongan ini, selepas tamat perkhidmatan tidak dipedulikan lagi oleh kerajaan BN.

“Kerabat sebelum ini ditubuhkan di Kedah. Sekarang kita tubuh pula di Terengganu. Kami (Kerabat) lebih yakin dengan kepimpinan PAS dan akan bersama-sama berjuang dengan PAS dalam pilihan raya akan datang, Insya’Allah,” jelasnya.

[Gambar; Atas - Anggota Kerabat Terengganu mengisi borang keahlian melalui kempen keahlian yang dianjurkan Kerabat di setiap ceramah PAS di seluruh Terengganu, Bawah - bekas tentera Mohamad Taib yang diabaikan]

Menurutnya, kesediaan ahli-ahli Kerabat cukup tinggi bagi ‘menggempur Umno-BN dan mempastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Katanya, sehingga kini, seramai 250 keahlian Kerabat berjaya didaftarkan di seluruh negeri Terengganu dan sebahagian borang keahlian tersebut telah diserahkan kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Himpunan Hijau ke Putrajaya, PAS Ganti Umno 4.0 di Bukit Payong, Marang, baru-baru ini.


Bekas Anggota TLDM Tidak Terbela

Sehubungan itu, seorang bekas tentera Mohamad Taib, 54, yang pernah berkhidmat lebih 10 tahun mendakwa pihak kerajaan BN telah gagal.

Beliau berasal dari Kampung Lubuk Batu, Hulu Terengganu adalah bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat ‘laskar kanan’ sebelum bersara.

Beliau mendakwa pernah menjadi ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dengan nombor keahlian 810087.

Namun, menurutnya, pihak PBTM juga langsung tidak mengambil peduli hal-hal kebajikan ahli sama dengan kelemahan kerajaan Umno-BN.

“Saya bekas askar TLDM, lebih 10 tahun berkhidmat dan pernah bertugas di Lumut Perak, sebelum bertukar ke Ministry of Defence (Mindef) dan Kem Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kuantan.

“Saya kena sakit misteri semasa dalam bertugas dan berhenti atas sebab-sebab kesihatan itu. Sekarang, Alhamdulillah semakin baik dan tidak sakit lagi, Cuma tidak boleh kerja berat,” jelas ketika ditemui di rumahnya.

Mohamad kini bergantung hidup dengan pendapatan pencen bulanan sebanyak RM350.00 sebulan serta dianggap tidak mencukupi.

-buletinonline
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist