Thursday, 26 July 2012

'KEMPEN MISTERI P'RAYA' MUNCUL DI MEDIA

Oleh : KUEK SER KUANG KENG

KETIKA spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya umum boleh diadakan awal September, satu kempen pilihan raya, yang dipercayai ada kaitan dengan BN dan dianggarkan menelan belanja berjuta-juta ringgit, muncul di semua platform media.

Bermula minggu lepas, iklan setengah muka dan iklan penuh warna itu muncul dalam semua akhbar arus perdana, serta pada waktu perdana di semua saluran TV utama.
Bagaimanapun, kempen, yang dinamakan 'Saya Pilih Malaysia' itu tidak jelas menyatakan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.

Bagaimanapun, warna tema - biru tua dan putih - ditambah pula dengan kata kunci yang ditonjolkan dalam iklan - keamanan, kemajuan, kestabilan dan perpaduan - dilihat senada dengan BN.

Promosi laman peminat Facebook 'Saya Pilih Malaysia' oleh Media Umno Malaysia - organ rasmi talian parti pemerintah - dilihat sebagai satu lagi petanda kempen itu ada kaitan dengan BN.

Menurut laman peminat, kempen ini telah menerbitkan dua bahagian siri iklan dalam kesemua empat bahasa utama dalam akhbar-akhbar utama.

Bahagian kedua muncul dalam akhbar semalam, termasuk Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star.

Menurut iklan itu, mesej yang seterusnya akan diterbitkan di saluran TV, iaitu RTM1, RTM2, TV3, 8TV, TV9, NTV7, Astro RIA, Astro Awani, Astro Vaanavil dan Astro AEC.

Sesiapa pun yang belakang kempen tersebut, semua iklan dalam media cetak dan elektronik dengan mudah akan menelan belanja berjuta-juta ringgit. (MKINI)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)