.

Friday, 20 July 2012

JI dan Komunis menyusup masuk parti PR : SB

JI?

Pengganas Islam, komunis menyusup masuk parti PR adalah propaganda SB, kata Kit Siang

 

[TMI] KUALA LUMPUR, 20 Julai — Laporan tentang pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan bekas komunis menyusup masuk dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah propaganda polis Cawangan Khas (SB) yang menunjukkan kerajaan Barisan Nasional semakin terdesak, kata Lim Kit Siang hari ini.

Ahli politik veteran pembangkang itu turut mencabar Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk mendapatkan penjelasan polis, siapakah ahli kumpulan yang disebutkan dan kenapa polis dibenarkan untuk menyebarkan “cerita mengarut” yang dibawa oleh agensi berita kerajaan, Bernama semalam.

“Adakah kerajaan Umno/BN semakin terdesak dalam menghadapi cabaran dari PR sehingga terpaksa menggunakan Cawangan Khas untuk menakutkan orang ramai, mereka-reka cerita mengarut tentang JI dan komunis menyusup masuk dalam PR, terutamanya PAS dan DAP, untuk menyerang PR secara tidak demokratik?” kata ahli parlimen Ipoh Timur itu dalam kenyataannya pagi ini.

Dia juga mempertikai tentang perbelanjaan SB sebanyak RM381 juta daripada RM6.3 billion daripada bajet polis untuk tahun 2012.

Laporan Bernama semalam menyebut bahawa Pembantu Pengarah dari Cawangan Khas E2 (M), dalam Divisyen Ekstremis, Sosial dan Nasional, Mohd Sofian Md Makinuddin, dalam Konvensyen Pemimpin Belia Nasional di Parlimen semalam berkata, bahawa terdapat elemen JI untuk menyusup masuk dalam PAS, manakala komunis cuba menyusup masuk dalam DAP.

Lim (gambar fail) juga berkata ini adalah lawak kerajaan yang paling teruk dalam tahun ini, jika tidak kerana tuduhan yang melulu, mengarut dan tidak berasas dalam menentukan polisi di peringkat keselamatan negara ini.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, harus menerangkan kenapa mereka mengabaikan kebenaran dengan membenarkan SB membuat cerita mengarut tentang Jemaah Islamiah (JI) dan bekas komunis menyusup masuk dalam PR dan cuba menjadi calon dalam pilihan raya akan datang.

“Dengan kebangkitan propaganda tentang pengganas Islamis dan komunis menyusup masuk dalam PR, satu langkah telah diatur menentang PR untuk menghapuskan demokrasi bagi meneruskan penguasaan Umno/BN di peringkat persekutuan?” katanya lagi.

Lim mendakwa sudah menjadi rahsia terbuka mengatakan Najib mungkin akan membubarkan Parlimen — mengadakan pilihan raya sebelum bermulanya puasa pada hari esok, jika tidak kerana perhimpunan Bersih 3.0 yang berlangsung pada 28 April lalu —menjadikan parti pemerintah itu tidak berada di tempat yang selesa.

Dia juga menyoal tindakan Biro Tatanegara (BTN) yang dalam satu hari di Konvensyen Pemimpin Belia Nasional, berkata Kementerian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri minggu lalu telah menyertai dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang berjanji akan meningkatkan 10,000 orang cybertrooper UMNO dan memberi kebenaran untuk menipu dan menyebar propaganda buruk ke atas PR.

“Apakah dengan dakwaan SB tentang JI dan komunis menyusup PR ini adalah satu contoh ‘propaganda penipuan yang dibenarkan’ menentang PR, sama seperti penipuan tentang menubuhkan kerajaan Kristian di Malaysia, dan melantik PM dan menjadikan sebuah negara republik menentang sistem Raja Berperlembagaan?” kata Lim lagi.

“Saya mencabar Najib, Hishamuddin dan Mohd Sofian dari unit SB untuk menunjukkan bukti bahawa pemimpin DAP atau PR, Ahli Parlimen dan ADUN yang mana mempunyai hubungan rapat dengan JI atau komunis, atau namakan mereka yang telah ‘menyusup masuk’ dalam PR yang mahu menjadi calon dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Jika tidak, kata Lim, Mohd Sofian harus menarik balik kenyataannya dan memohon maaf atas tuduhan tak berasas dan serius, atau dia harus menghadapi tindakan disiplin atau mungkin dipecat kerana membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang pegawai kerajaan yang sepatutnya membuat keputusan untuk keselamatan negara, bukan parti politik yang sedang berkuasa.

Dalam laporan Bernama, Mohd Sofian berkata Cawangan Khas telah mendapat maklumat tentang elemen JI yang cuba menyusup masuk dalam PAS dan komunis di dalam DAP.

“Sesetengah ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah selalu ke Bangkok dan selatan Thai untuk bertemu dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana,” dia berkata ketika menyampaikan ucapan bertajuk “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” di dalam konvensyen tersebut.

“Ini adalah kesan daripada idea politik baru mereka yang mempunyai potensi untuk memusnahkan nilai-nilai utama dalam negara ini.

“Pergerakan ini menerima sokongan dari badan bukan kerajaan (NGO) dalam bentuk kewangan, latihan di luar negara dan juga beberapa bidang kepakaran khususnya menghadapi pilihan raya akan datang.”

Mohd Sofian juga berkata pergerakan itu juga untuk mencipta NGO yang sentiasa menjadi penentang kerajaan dan mencetuskan huru-hara untuk melemahkan kerajaan.

“Dalam hal ini, kami bimbang pihak pembangkang dan NGO akan terus bermain isu-isu kontroversi dan menyebar kebencian terhadap kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

“Atau untuk meningkatkan demonstrasi dan insiden yang boleh memecahbelahkan pemerhatian polis, demonstrasi akan terus menjadi budaya dalam negara ini,” katanya lagi.

Mohd Sofian juga berkata dalam himpunan Bersih, Oren dan Hijau, dianjurkan oleh parti pembangkang untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Budaya berkempen yang cuba dijalankan oleh mereka sepanjang tahun ini menyebabkan rakyat terdedah dengan budaya politik terdedah dengan maklumat dengan nilai-nilai politik mereka,” katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist