.

Saturday 7 July 2012

Blog Uncleseekers dah hilang!!

Mungkin yang ini yang dimahukan oleh polis. Bukan hendak menyiasat sama ada apa yang dikatakan oleh Uncleseekers itu betul atau tidak, tapi mahu mematikan blog milik Uncleseekers.

Cubaan untuk memasuki blog Uncleseekers sebentar tadi mendapati blog tersebut sudah tidak boleh diakses lagi.

Sementara itu, polis Johor pula membuat kenyataan bahawa Uncleseekers didapati  mengambil dadah jenis morfin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.

“Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata kenyataan jabatan itu.

Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

9 comments:

  1. JANGAN LUPA BLOG DIA JUGA ADA VIDEO-VIDEO SEK KONON ANWAR YANG DITAYANGKAN SIKIT MASA DULU OLEH TRIO LAHANAT PEMFITNAH TERSOHOR ! MOGA KEBENARAN MUNCUL INSYALLAH ! BANYAK JUGA ARTIKAL DIA DIRUJUK & DIAMBIL DARI BLOG NOVANDRI IAITU BLOGGER UMNO-APCO ! ABU !

    ReplyDelete
  2. Pegi je kat lonk baru uncleseekers?blogspot.jp

    ReplyDelete
  3. Allah turun le bala cepat kepada manusia yang zalim diatas dunia ini.Tak kira siapa dia asalkan dia zalim binasakan dia cepat.Semuga orang yang zalim dan teraniaya mendapat keadilan dari engkau ya Allah.

    ReplyDelete
  4. Aku tak heran cite ni, kuasa ditangan mereka, apa yang mereka perlu inginkan akan terlaksana. Yaallah ya tuhanku, hamba ini memohon kepada mu, kau sentiasa memberi perunjuk dan jalan yang benar kepada semua hamba2 mu yang tidak bersalah. Amim.

    ReplyDelete
  5. How to bypass file sharing sites block in Malaysia?
    The easiest and simplest way ~ don’t use DNS IP address from Malaysia ISP. And use other DNS servers like Google Public DNS IP addresses (8.8.8.8 and 8.8.4.4). Or OpenDNS DNS IP addresses (208.67.222.222 and 208.67.220.220).

    ReplyDelete
  6. blh terangkan lebih detail tak? mcm mana tu.. nk try open blog tu.. tak abes baca...

    ReplyDelete
  7. try http://uncleseekers.blogspot.jp/

    ReplyDelete
  8. sapa ckpdah hilang blog uncleseeker...masih ada dan masih boleh dilayari...mungkin net korang xada signal kut hahaha

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist