.

Thursday 12 July 2012

Anita Sarawak Dilihat Bertudung dan Berjubah : Alhamdulillah!

Kemunculan bakat baru dalam industri hiburan tanah di sambut baik kerana mereka bakal menjadi pelapis pada penyanyi vateran untuk mencipta nama dan populariti.

Namun diam tak diam sudah hampir 2 tahun penyanyi Anita Sarawak menghilangkan diri dari dunia seni dan sehingga ke hari lokasi penyanyi yang popular menerusi lagu Seksis ini tidak diketahui.

Bagaimanapun, Sisipan dari Berita Harian hari ini seolah-olah memberi tanggapan bahawa Anita serawak kini telah menetap di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, laporan akhbar tersebut menyatakan ada peminat yang melihat Anita Sarawak mengenakan jubah serta bertudung ketika berada di sebuah kompleks beli-belah tanpa dilihat bersama suaminya Mahathir Abdullah.

Peminat yang terserempak dengan Anita Sarawak sempat memanggil nama penyanyi itu sebanyak dua kali dan Anita Sarawak dikatakan menoleh sebelum bergegas meninggalkan tempat berkenan.

Jika benar apa yang diceritakan oleh peminat ini penulis bersyukur kerana Dunia Seni bakal Dihiasi dengan selebriti yang bertudung.

Sumber : mynewshub

2 comments:

  1. Hallo Kawan!!! Kita sedang berjuang nak jatuhkan kerajaan korup ini. Tak payahlah kau bawa cerita artis buat itu ini yang tak tahu kebenaran hujung pangkalnya. Kalau nak orang lawat blog awak sekalipun tulislah benda-benda yang berfaedah untuk perjuangan. Sikit-sikit kisah artis...sikit-sikit cerita sex...naik muak aku!!!

    ReplyDelete
  2. e baik bersangka buruk,tp rasanya da buat banyak perubahan kat muka kot...pas tu pakai tu.mcm artis yg sorang tu berpurdah g sepital nak beranak,,,,,tau pulak nak bertudung,cover muka tahu malu..sekadar info

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist