.

Sunday, 17 June 2012

Zahid Dan Najib Berdebar Menanti Sepina Dari Mahkamah Perancis : MSO

Mahkamah Perancis sudah pun mula membuat tindakan menyebabkan ada dada orang di Kuala Lumpur berdebar-debar. Tindakan itu ialah mensepina Jalbir Singh Chal yang menjadi perantara sogokan kepada ahli politik Malaysia untuk pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 lalu.
Sepina itu diserahkan malamn tadi, demikian diberi tahu oleh Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel.
Menurut Gabriel, Jalbir Singh adalah orang kanan Abdul Razak Baginda di Perimeker syarikat yang bertindak sebagai orang tengah bagi perolehan kapal selam tersebut.
Pembelian kapal selam itu menyebabkan lebih RM500 juta komisen diberikan kepada pihak tertentu dan ia juga dikatakan ada kaitan dengan kematian Altantuya Shariibbu.
Perkembangan ini menyebabkan sekurang-kurang dua orang tokoh politik dan pemimpin Umno mula berdebar dada kerana nama mereka juga disenarai untuk menjadi saksi bagi penyiasatan penyelewengan itu. Kedua mereka itu ialah Ahmad Zahidi Hamidi dan Ha Najib Razak.
Sebelum ini Zahid menyatakan mahkamah Perancis tidak ada hak dan kuasa untuk memsepinanya dan beliau tidak akan pergi ke mahkamah atas alasan tidak mahu membazirkan wang kerajaan. Baguslah. Manakala Najib tidak memberi sebarang komen sama ada sedia atau mengikut langkah Zahid.
Sama ada sedia pergi atau tidak kalau sepina itu sampai ke rumah Zahid dan Najib mereka terpaksa menjelaskan dan setidak-tidaknya sepina itu menganggu emosi mereka. Kita tunggu./~merahtintaMSO

1 comment:

  1. Pergi atau tidak..
    Paksa atau terpaksa..
    Memaksa atau di halau saja.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist