Timbalan Presiden Umno Udin anak Yassin sekata dan seracun dengan
pemimpin Umno lain tentang kejayaan himpunan hijau ke Putrajaya anjuran
Pas yang diadakan di Alor Setar, Kedah Jumaat lalu. Sewajarnya kalau
Umno jelaous dan merasa sakit hati atas kejayaan itu. Dengan jumlah
kehadiran lebih 100,000 ahli dan penyokng Pas meletakkan Umno Kedah
dalam tertekan kini.
Ahli dan penyokong Umno Kedah jadi trauma dengan himpunan berkenaan. Trauma ini akan berterusan sehingga tiba pilihan raya.
Gambaran himpunan itu telah memberi isyarat awal yang Umno Kedah bakal
dikafankan dalam pilhan raya akan datang. Kepaduan ahli dan penyokong
Pas Kedah yang diharapkan terburai ekoran berlaku krisis dalaman tidak
lama lalu mengecewakan Umno. Himpunan itu disamping Pas berjaya
meruapkan semangat berpilihan raya sekali gus ia menyerlahkan kekuatan
sebenar Pas Kedah.
Lebih istimewa himpunan menyatakan hakikat sebenar Pas bahawa parti itu terus mendapat keyakinan dan kepercayaan orang Melayu.
Benar, yang hadir berhimpun dan memenuhi stadium Darul Aman itu bukan
saja rakyat Kedah. Ia datang dari seluruh negara. Namun tidak dapat
dinafikan seluruh rakyat Kedah hadir dan angkanya mencecah 40 hingga 50
ribu.
Lantaran itu Umno cuba mencari akal dan helah mempedayakna rakyat
kononnya himpunan itu tidak asli dan tulen. Kononnya ia diupah? Cara
Umno itu membunuh dirinya sendiri kerana ia cuba menipu diri sendiri
dengan sesuatu yang diketahui umum.
Jumlah itu tidak mungkin dapat diatasi ataupun disamai oleh Umno Kedah.
Kalau sekalipun Umno Kedah mengeluarkan belaja besar, memberi wang sakut
RM30 hingga RM100 seorang belum tentu angka seramai itu dapat
dikumpukan di stadium Darul Aman. Usahkan untuk Kedah yang kini Umno
berpecah kepada tiga atau empat puak, himpunan sempena ulang tahun Umno
ke 66 di stadium Bukit Jalil pun gagal mencapai sasaran untuk mengumpul
100,000 orang. Kalau himpunan peringkat kebangsaan Umno gagal mengumpul
jumlah besar apa lagi himpunan peringkat negeri.
Kegagalan Umno membuat kejutan dalam mengumpul orang ramai semasa
himpunan jutaan beliau juga menjadi Umno dua kali ditimpa perasaan malu
pada awal tahun ini. Himpunan jutaan beliau gagal untuk menghimpun
belia serentak dengan angka sebesar 100,000. Tetapi Umno terus
membohongi rakyat menerusi medianya kononnya 2 juta turut berhimpun.
Apabila Udin anak Yassin menuduh Pas mengumpah orang ramai agar hadir ke
himpunan hijau itu, saya tidak rasa pelik. Pas sendiri tidak perlu
merasa malu dengan tuduhan itu. Kalau pun ia benar tidak ada masalah
kerana sebelum Pas berbuat begitu ia sudah menjadi amalan Umno secara
tradisi dan bayaran dan beli manusia buaya Umno.
Kalau benar begitu masih ada orang terhingin dengan wang ringgit Pas.
Berbeza dengan Umno yang mengupah dengan nilai tinggi pun tidak menjamin
orang ramai sedia menerima dan sanggup melakukan apa yang Umno suruh.
Di sini Pas masih ada maruah dan ada nilai diri. Wang yang Pas berikan
masih diambil orang. Ini berbeza dengan Umno, walaupun memberi upahan
besar tetapi ada orang menolaknya. Di sini kita mencabar Udin anak
Yassin dan Umno agar membuat himpunan sama di Alor Setar. Upahlah dengan
seberapa banyak, dan angkutlah orang ramai dengan kapal ternag sekali
pun. Kita mahu tenguk berapa kerat yang sanggup datang berhimpun
menyokon Umno di negeri itu.
Cubalah lakukan.
[wm.kl.8:21 pm 03/06/12]/merahtintaMSO
Sunday, 3 June 2012
Wajar Kalau Umno Malu Dengan Himpunan Hijau : Ulasan Mohd Sayuti Omar
2012-06-03T20:59:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-