.

Friday, 8 June 2012

UMNO hanya tinggal nyawa-nyawa ikan...


Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia  yang memuatkan demonstrasi NGO pro UMNO di hadapan Kota Darulnaim  yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya.

Saya katakan, jika UMNO merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah. Tapi saya ingin ingatkan, selepas tarian punggung, hadiah 'najis' di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, hari ini dengan perbuatan seperti ini, semuanya hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh UMNO.

Percayalah, UMNO sendiri akan malu dengan perbuatan ini satu hari nanti. Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara UMNO ingin mengakhiri hayat mereka.

Saya ucapkan terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist