Oleh: Markus Lim
17 JUN — Awal minggu ini, kita digegarkan dengan desas-desus atau 
cakap-cakap bahawa Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR). 
Rafizi Ramli akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 di Pandan.
Sudah pasti, ada yang akan bertanya mengapa beliau memilih Pandan dan
 bukannya kawasan Parlimen yang lain. Apa yang menyebabkan Rafizi 
memilih untuk bertanding di Pandan, hanya beliau dan pucuk kepimpinan 
parti yang mengetahuinya.
Dari satu perspektif, pemilihan untuk bertanding di Pandan dilihat 
sebagai satu percaturan strategik memandangkan P100 Pandan merupakan 
sebuah kawasan yang dikategorikan sebagai sebuah kerusi campuran atau 
mixed seat.
Sekali imbas, komposisi penduduk bagi kawasan Parlimen P.100 Pandan 
agak seimbang dengan majoriti penduduknya terdiri daripada orang Melayu 
dan Cina. Manakala selebihnya ialah orang India. Komposisi penduduk yang
 begitu seimbang inilah yang menjadi cabaran kepada semua wakil rakyat. 
Kepelbagaian keperluan menuntut strategi berbeza-beza. Pada beliau, 
kawasan Parlimen yang bersifat campuran inilah yang akan memberikan 
kelebihan kepada dirinya.
Personaliti dan karisma Rafizi sebagai seorang pedebat yang handal 
(mungkin setanding atau lebih baik daripada Khairy Jamaluddin) dan orang
 yang bertanggungjawab membongkar skandal NFC, secara tidak langsung 
melonjakkan dirinya sebagai seorang pemimpin berani. Personaliti dan 
sikap sedemikian nampaknya lebih berjaya menambat golongan profesional 
dan berpendidikan tinggi kerana mereka mempunyai idealismenya yang 
tersendiri.
Generasi belia atau dikenali dengan Gen Y lazimnya mempunyai 
pemikiran dan stail yang lebih terbuka dan sesungguhnya pencalona Rafizi
 adalah sesuatu yang ideal. Gen Y ini mahukan suatu kepimpinan yang 
berlainan dan ini mungkin masanya untuk melakukan perubahan. Rafizi 
bukannya bodoh. Beliau pasti akan menggunakan kelebihan sedia ada pada 
dirinya sebagai seorang yang lantang untuk memikat hati pengundi.
Beliau juga tahu bahawa untuk menewaskan seorang gergasi politik 
seperti Tee Keat, ia memerlukan percaturan yang bijak dan masa yang 
sesuai. Itu sebabnya Rafizi ketika ini memilih untuk merendah diri 
dengan tidak menyerang Tee Keat dari sepak mula. Sebaliknya, pujian 
tetap diberikan kepada bekas Presiden MCA yang telah membina asas yang 
kuat di Pandan.
Malah ketika memberi reaksi balas kepada kenyataan Tee Keat mengenai 
kemungkinan mereka berdua berdebat dalam satu temubual di sebuah stesen 
televisyen tempatan, Rafizi tidak memberikan komitmen kepada cabaran 
itu. Sekalipun berita yang diuar-uarkan itu hanyalah khabar angin dan 
tiada pengesahan dibuat, tetapi ia sudah cukup untuk mencetuskan 
perbualan hangat mengenai nasib dan masa depan penyandang kerusi Pandan 
itu.
Persoalan yang paling hangat diperkatakan dalam media dan laman 
sosial sekarang cukup pelbagai. Antara yang dibangkitkan ialah apakah 
Tee Keat mampu menangkis pengaruh dan populariti Rafizi yang terkenal 
dengan kemahiran debatnya yang tinggi? Mungkinkah kehadiran Rafizi dan 
amarah keterlaluan kepada pihak pemerintah terlalu kuat untuk ditepis 
oleh Tee Keat? Mengapakah pengundi mahu menukar seorang wakil rakyat 
yang telah banyak berjasa kepada bumi Pandan dan penduduknya (jika 
itulah yang ditakdirkan berlaku)? Dan mungkin soalan cepu emas yang 
ingin diketahui oleh semua orang ialah apakah Tee Keat akan bertanding 
di bawah panji BN ataupun platform lain?
Hingga ke hari ini, Tee Keat memilih untuk tidak mendedahkan 
perancangan beliau, sebaliknya hanya membiarkan media untuk terus 
berteka-teki. Mutakhir ini, masih awal lagi untuk meramalkan impak yang 
bakal ditinggalkan oleh Rafizi.
Semua sedia maklum Rafizi merupakan orang baru dalam pentas politik 
negara. Beliau perlu menyedari bahawa berkecimpung dalam politik 
kepartian dan menjadi wakil rakyat yang memerlukan adalah dua perkara 
yang berlainan. Dalam dunia politik kepartian umpamanya, beliau boleh 
menggunakan kelebihan yang ada padanya untuk meraih sokongan di mata 
rakyat. Namun sekadar membongkarkan skandal berprofil tinggi seperti NFC
 bukanlah tiket automatik sebagai calon ataupun menang. Bertanding dalam
 sebuah kawasan Parlimen yang telah dikuasai begitu lama oleh BN, tidak 
ada jaminan Rafizi akan memenangi PRU 13 dengan mudah seperti yang 
didakwa beliau sebelum ini. Lagipun, lawan beliau bukanlah calang-calang
 pemimpin tetapi lawannya ialah Ong Tee Keat.
Selama 22 tahun Tee Keat berkhidmat untuk rakyat Ampang dan 
Pandan..namanya begitu sinonim di sana. Selama lebih dua dekad 
berkhidmat sebagai wakil rakyat, beliau telah membawa bersamanya 
keyakinan, pengalaman, dan suara hati rakyat.
Menumbangkan beliau tidaklah semudah A, B atau C. Jika ada yang tidak
 percaya, mereka boleh merujuk kepada pilihan raya 1989 yang mana Tee 
Keat berjaya menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Harun 
Idris walaupun tidak diberikan peluang pada awalnya.
Kekalahan Harun Idris kepada Tee Keat sememangnya mengejutkan banyak 
pihak. Siapa sangka Tee Keat boleh menewaskan Harun Idris sedangkan 
beliau masih orang baharu dalam politik. Itulah indahnya politik. 
Sentiasa menjangkakan sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku.
Mungkin selepas ini, Rafizi boleh belajar daripada Tee Keat bagaimana
 untuk mengulangi kemenangan bersejarah itu jika mereka berdua 
benar-benar akan berentap pada PRU 13 nanti. Agak menarik juga, apabila 
Rafizi mendakwa Tee Keat tidak mungkin dapat mempertahankan kerusinya 
dalam gelombang tsunami kali ini.
Di sini, jelas kelihatan bahawa Rafizi seolah-olah sudah memahami 
benar suara hati dan nadi penduduk Pandan. Bagaimanapun jika Rafizi 
menganggap dengan memainkan isu setempat akan mengubah sentimen penduduk
 di Pandan, beliau mungkin silap.
Sentimen di Pandan dilaporkan masih kuat dan memihak kepada 
penyandangnya. Prestasi Tee Keat dilihat masih utuh dan khidmat yang 
diberikan kepada penduduk tidak mengenal bangsa mahupun agama. Sokongan 
oleh NGO-NGO tempatan di Pandan kepada kepimpinan turut menjadi faktor 
mengapa penduduk setempat di sana masih menyokongnya walaupun parti yang
 diwakilinya MCA sudah ditolak masyarakat Tionghua.
Satu lagi perkara yang mungkin akan menjadi faktor penentu kepada 
kemenangan atau kekalahan Rafizi ialah isu calon tempatan. Bercakap 
mengenai soal ini, isu calon tempatan sering kali berbangkit dalam 
pilihan raya. Walaupun faktor ini tidaklah membabitkan kesemua 222 
kawasan Parlimen dan 505 Dewan Undangan Negeri, namun sesetengah 
penduduk menyifatkan calon tempatan sebagai faktor penting.
Bagi penduduk, mereka berasa sangsi dengan kehadiran calon luar untuk
 bertanding di tempat lain. Pada hemat mereka, apakah yang calon luar 
ini tahu mengenai selok-belok kawasan Parlimen mereka? Bukan sekadar 
mengetahui selok-belok kawasan, bahkan untuk menjalin kerjasama, 
jaringan hubungan bukanlah sesuatu yang mudah. Sama ada bumi Pandan akan
 kekal bersama BN atau sebaliknya, pengundi Pandan sahaja yang akan 
dapat menentukannya.Tetapi apa yang pasti, pertembungan antara dua tokoh
 ini akan menjanjikan saingan yang hebat. Seorang gergasi politik dan 
seorang lagi pula seorang pemimpin dari generasi Y yang meningkat naik.
Beranikah penduduk Pandan menaruh dan menggadaikan masa depan mereka 
kepada seorang pemimpin muda yang meningkat naik ataupun mereka memilih 
untuk kestabilan dan seorang wakil rakyat yang telah terbukti rekod 
perkhidmatannya?
Oleh itu, pilihlah dengan bijak!
* Pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.
Sunday, 17 June 2012
Rafizi atau Ong Tee Keat — siapa pilihan anda?
2012-06-17T19:14:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
- 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
Perutusan Dari Tun Mahathir5 years ago
 - 
 - 
ADUN Ditangkap Dadah5 years ago
 - 
 - 
 - 
 - 
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...6 years ago
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
EMAS MAMPU MILIK ...7 years ago
 - 
 - 
 - 
 - 
Al-Haudh Telaga Rasulullah Dambaan Umat8 years ago
 - 
 - 
 - 
farm fresh ad jamestown ny9 years ago
 - 
 - 
 - 
 - 
cuba9 years ago
 - 
 - 
 - 
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)10 years ago
 - 
 - 
PAS, PR,dan DAP 201510 years ago
 - 
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan10 years ago
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng11 years ago
 - 
Rehlah Jabatan Amal Tawau11 years ago
 - 
 - 
 - 
 - 
new post12 years ago
 - 
 - 
 - 
 - 
Antara madet dan setan13 years ago
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 - 
 



