(Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 20 Jun: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berkata, TV3
telah memutar belit kenyataan kononnya beliau berpuas hati dengan
pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) mengenai projek
Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat.
“Semalam apabila (TV3) tanya saya adakah TOL (Lesen
Pengendalian Sementara) itu perlu diberi, saya sebut saya tak boleh
komen apa-apa, sebab kalau boleh Lynas perlu melaksanakan lab untuk
menunjukkan berapa sebenarnya sisa, tahap radiasi luaran dan sebagainya.
“Bila dia (Lynas) buat ekstrak, maka dia ada sisa, kemudian sisa
air…bagaimana dia buat rawatan dan akhirnya dia kata yang bersih itu
masuk ke dalam Sungai Balong.
“Sebab itu saya sebut lab bukan TOL,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Turut serta Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut Che Rosli, laporan PSC yang dibentang Parlimen semalam, ada
memuatkan masalah yang disuarakan masyarakat dan NGO, bagaimanapun ia
tidak mencukupi.
“Jawapan ini tidak cukup dengan statistiknya. Umpamanya mengenai
kebimbangan kesan sinaran di Bukit Merah. Kena ada statistiknya…barulah
kita terangkan kepada masyarakat tidak ada radiasi.
“Tapi masalahnya, saya difahamkan di Bukit Merah itu masih
tersimpan ekstrak nadir bumi yang mengandungi aktiviti yang agak
tinggi,” katanya.
Beliau berkata, PSC terlalu cepat memutuskan Lynas perlu diberi TOL
sebelum Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Negara (AELB) mengesahkannya.
Tambah beliau lagi, walaupun PSC mendakwa radiasi Lynas adalah
rendah, namun ia tidak bermakna projek itu selamat kerana banyak lagi
aspek-aspek yang perlu dikaji.
Mohon buat pautan blog: suasanapolitikmalaysia.blogspot.com
ReplyDeleteTerima kasih.