Selepas kecohnya pemilikan plat number WWW1
yang menjadi milik Sultan Johor (Sultan Ibrahim) sudah kedengaran
hasrat Sultan Johor mahu menggunapakai plat number WWW1 untuk salah
sebuah kereta nasional yang dimilikinya ketika ini dan daripada banyak
koleksi kereta mewah yang dimiliki Sultan Johor, hari ini sah plat
number WWW1 yang bernilai RM520,0000 menjadi milik Proton Satria Neo.
Lagi Gambar Proton Satrio Neo : Plate Number WWW1 (Sultan Johor – Sultan Ibrahim)
Sultan Johor, Sultan Johor sememangnya memiliki banyak koleksi kereta mewah
seperti Bugatti Veyron, Lamborgini Murciélago LP 640, Lamborgini
Murciélago LP 670-4 SuperVeloce, The Real Holden Supercharged (Gold),
Chevy Camaro SS 2011, Ford F650 SuperTruck, The Real Holden Supercharged
(White), Chrysler 300 Limo. Yang ini, hanya sebahagian kecil sahaja
yang kami sebutkan.
Adakah plate number WWW1 akan terus digunapakai pada Proton Satria Neo
tersebut atau……………..akan ditukarkan kepada model terbaru kereta mewah
Sultan Ibrahim yang lain kelak? Hanya Sultan Ibrahim yang lebih tahu
“apa yang terbaik” untuk menggunapakai bagi pelaburan yang telah
dikeluarkan bagi pembelian plat number WWW1 yang bernilai RM520,000 ini.
Sama-sama kita nantikan……
P/S : Persoalannya sekarang ini, sesuai
lagikah terma yang digunapakai oleh akhbar Mingguan Malaysia yang
menggangkat terma PATRIOTIK jika mana-mana kalangan rakyat Malaysia yang
menggunapakai kereta keluaran Proton sekarang ini?
PP/S : Adakah kalangan yang memilih
untuk memakai kereta import menunjukkan rakyat Malaysia kurang
patriotik? Sesaui lagikah penanda aras yang sebegini rupa?
tak kira le mana dia nak letak .... kat dahi ke .... kat punggung ke ...kat perut ke ...kat kaki ke ..... yang nak ditanya adalah wang RM520,000 .... mengapa sanggup membazirkan wang sebegitu banyak hanya untuk nombor www1 ... nombor tu boleh panjangkan umur dia ke...? nombor tu boleh jadikan dia lebih kaya ke ...?
ReplyDelete