Kahkahkahkah...inilah kerja Umno/Bn. Seronok sangat nak
melumur busuk kepada orang lain, terlupa
bahawa dirinya sebenar sedang buruk dan busuk. Apabila menyedari bahawa orang
lain tetap tak busuk dan dirinya sendiri yang busuk kohong, akhirnya cuba
melumur bedak wangi tanpa membasuh busuk diri sendiri terlebih dahulu.
padahnya hapak yang berbau!
Mungkin para pemimpin Umno berharap dengan data yang menggambarkan
peningkatan jenayah akan memalukan negeri selangor yang di perintah
Pakatan Rakyat! Dia terlupa bahawa urusan mengawal jenayah adalah antara
kerja utama PDRM di bawah Kerajaan Pusat! Bila terasa data itu bakal
membusukkan diri sendiri, Umno terpaksa membuat U-Turn sebagaimana yang
dilakukannya dalam kes PTPTN kepada para pelajar Unisel!
Kerana permainan politik yang semakin tak betul kepala ini,
rakyat semakin menyampah dan geli untuk mendekati Umno.
Para pemimpin Umno terus menjadi tak tentu arah tindakan! Membangkit isu basi 3 bilion,
apabila dicabar oleh Anwar Ibrahim dedah akaun, senyap! Dicabar nafi dan ulas
isu Scopene, senyap!. Isu cuba tunjuk pandai dan warak antara pilihanraya dan
haji, senyap! Isu pendidikan percuma , senyap! Isu video agen Umno membeli ahli
Pakatan Rakyat, senyap tak terjawab!
Isu Isa samad sebagai Pengerusi haram koperasi felda, senyap! Isa Samad semalam pula ‘terguling’
seketika dihadapan koperasi Felda! Sungguh memalukan tapi Isa Samad mana yang
ada kemaluan?
Nampaknya Umno kian hura-hara untuk bertindak waras dan bijak. Yang Umno tahu sekarang ialah gerakkan para pencacai untuk
membuat saman sana sini yang entah apa-apa dan buat gangguan kepada
ceramah-ceramah Pakatan Rakyat!
Kini yang Umno mahir hanyalah ganggu ceramah Pakatan Rakyat,
tabur wang yang tak seberapa yang bertaraf tulang ikan dan buat U-turn terhadap
keputusan bila disergah! Umno benar-benar sedang melakukan transformasi! Transformasi
taik kucing!!
Berita dipetik:
Kementerian tarik balik data jenayah S'gor
Kementerian Dalam Negeri hari ini menarik balik jawapan
bertulis di Parlimen kepada Tony Pua (DAP- Petaling Jaya Utara) berhubung kadar
jenayah Selangor dengan alasan terdapat kesilapan taip.
Pua semalam mengadakan sidang media menyatakan perasaan tidak puas hati akibat peningkatan kadar jenayah, berdasarkan jawapan yang diterimanya semalam.
Pua semalam mengadakan sidang media menyatakan perasaan tidak puas hati akibat peningkatan kadar jenayah, berdasarkan jawapan yang diterimanya semalam.
Beliau berkata, data kadar jenayah yang dibekalkan tidak
mencukupi dan berlaku peningkatan walaupun pencegahan jenayah dijadikan salah
satu daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bawah Program
Tansformasi Kerajaan (GTP) walaupun wujud banyak kawasan kediaman berpagar.
Bagaimanapun, Ketua Setiausaha KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pembetulan kenyataannya semalam sudah dihantar ke Parlimen, yang menunjukkan kejatuhan indeks jenayah di Selangor dan seluruh negara.
"Justeru jawapan yang berdasarkan kepada data terdahulu seperti mana yang diteri oleh YB Petaling Jaya Utara sebelum ini adalah terbatal dan tidak terpakai.
"Ia juga tiada kaitan dengan dakwaan YB Petaling Jaya Utara yang menuduh kegagalan Program Tranformasi Kerajaan," katanya sambil memberitahu surat pembetulan dihantar pada 18 Jun.
Data baru menunjukkan penurunan 19.4 peratus kadar jenayah di Selangor sejak 2009 dan 24.7 peratus di seluruh negara. GTP diumumkan pada Januari 2010.
Indeks jenayah di Selangor pada 2006 sebanyak 51,393 kes; tahun 2007 sebanyak 58,592; tahun 2008 sebanyak 57,752; tahun 2008 sebanyak 54,994; tahun 2010 sebanyak 49,469 dan 2011 sebanyak 44,302 kes.
Di peringkat nasional, katanya, indeks menunjukkan kes pada 2006 sebanyak 196,780 kes; tahun 2007 sebanyak 209,582; tahun 2008 sebanyak 211,645; tahun 2009 sebanyak 209,817; tahun 2010 sebanyak 177,520 dan tahun 2011 sebanyak 157,891 kes.

Sumber: malaysiakini