.

Friday, 15 June 2012

Nizar yakin berpeluang menghadap Sultan Johor

POH – Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tetap akan meneruskan hasratnya untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

Menurutnya, apa sekalipun tanggapan dan pandangan orang ramai terhadap kesediaannya itu, beliau tetap akan meneruskan hasrat untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu.

“Insya-Allah, saya akan hantar surat permohonan rasmi menghadap Sultan Johor esok pagi (hari ini) dan saya akan tunggu maklum balas daripada pihak istana berhubung perkara itu,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Laporan semalam menyebut, Sultan Ibrahim murka terhadap bekas Menteri Besar Perak itu dan mengingatkan wakil rakyat serta pemimpin masyarakat menjaga adab dan tingkah laku apabila membuat sesuatu kenyataan.

Baginda turut bertitah sekiranya hendak memohon maaf, permohonan maaf itu perlu dibuat kepada semua rakyat Johor, bukan kepada baginda seorang sahaja.

Mengulas peringatan baginda Sultan, Mohamad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, sekiranya beliau diberikan ruang untuk membuat penjelasan mengenai kenyataan dalam mesej Twitternya itu, isu permohonan maaf terhadap rakyat Johor mungkin tidak akan timbul.

“Jika ada pihak yang pertikaikan tindakan ini, tidak mengapalah, yang penting saya sangat berbesar hati sekiranya diberikan ruang untuk menerangkan kedudukan sebenar dan ini juga satu proses keadilan untuk semua pihak,” katanya./~sinar harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist