Oleh: usinwafer
Kelicikan politk Mahathir
memang tidak boleh diperkecil-anakan..pengalaman dan asam garam selama
menjadi ahli politik dan seterusnya 22 tahun berada dipuncak kuasa
sebagai Perdana Menteri terlama memungkinkan akan berlakunya pelbagai
kemungkinan yang tidak pernah diduga...
Tercetusnya sebuah
ramalan dari persoalan yang tidak pernah mati untuk difikirkan ini iaitu
berkisar detik sebenar Pilihanraya Umum ke-13..bila tarikhnya?...
bersamaan hari apa?... jatuh dibulan berapa?...
Ramalan
disini..kuat mengatakan ianya berlaku selepas Tahun Baru Cina pada tahun
2013... Ianya berlandaskan satu hujah bahawa faktor terbesar ialah "Kes
Skandal Scorpene" yang membelit Perdana Menteri Najib Razak.
Walaupun
pelbagai isu yang ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat seperti "Lembu
NFC"... Hutang PTPTN atau Pendidikan Percuma malah Ibu segala
Demonstrasi iaitu BERSIH 3.0 yang menuntut pembersihan sistem
Pilihanraya di negara ini... isu-isu itu masih belum menjadi penanda
aras bila Parlimen nak dibubarkan...
Masa semakin berjalan..masa
semakin suntuk... panggilan ke mahkamah Perancis semakin hari semakin
sayang bermain ditelinga Najib... pelbagai dendangan... pelbagai
bunyi-bunyian... malah bau busuk bangkai badak sudah tidak dapat lagi
ditutup dengan hanya menggunakan akhbar lama Utusan Malaysia-Berita
Harian, baunya kini dari Perancis - Monggolia - Kemboja - Hong Kong dan
kini singgah di bumi Kepulauan Mediterranean Malta.
Walaupun
pihak Suaram mengatakan bahawa imuniti Najib sebagai PM Malaysia tidak
menghalang utk dibicarakan di mahkamah Perancis... namun begitu dengan
segala kudrat kasa yg masih berbaki sebagai PM... memungkinkan atas
dasar hormat sebagai seorang Perdana Menteri sesebuah negara... boleh
menangguhkan seketika sebuah babak yang tidak ingin dilihat oleh rakyat
Malaysia dimana Perdana Menteri yang masih berjawatan itu... diheret
masuk ke mahkamah Perancis... kalau dia seorang Ketua Pembangkang...
orang tak heran sangat... al-maklumlah..berpuluh kali dh tengok Ketua
Pembangkang naik turun tangga mahkamah...
Atas alasan inilah yang
telah melambatkan tarikh sebenar pembubaran Parlimen... mahu
tidaknya... dibuatnya Parlimen baru saja pagi tadi bubar... sampai terus
surat spina ke mahkamah Perancis ketika Najib baru nk minum petang...
Itu
kira ok lagi tue..dibuatnya Najib baru sahaja selesai menyerahkan
borang pencalonan utk bertanding mempertahankan Parlimen Pekan dan SPR
pon dh gezetkan Najib sekali lagi beraksi dipentas PRU..datang pula 2 3
org pegawai Interpool serah telegram spina..haaa... kan dah haru... itu
nasib baik la telegram spina... dibuatnya waran tangkap... mak aii...
mana mak nak letak muka nak oiiii...
Jika skrip ciptaan ini
benar-benar berlaku... ini bukan sekadar berlegar tentang maruah diri
dan keluarga yang bersifat peribadi..tetapi ini bakal memperjudikan
nasib ramai pemimpin korup didalam parti politik tutttttttt...
Segala
usaha utk sekurang-kurangnya tetap utk memperolehi majoriti mudah
didalam Parlimen buat sekali lagi akan hancur lebur dek liabiliti yg
tercipta disisi Najib dan Kapal Selamnya...
Walaupun pada bulan
Sept 2012 Najib mengumumkan Belanjawan Paling Best untuk rakyat dan duit
Bantuan Rakyat 1Malaysia pusing kedua bertukar tangan dari pegawai bank
dan rakyat..semuanya sudah tidak berguna lagi...
Mahathir sudah
pasti melihat perkara ini sebagai suatu yang serius buat kelangsungan
hayat politik UMNO-BN malah kebergantungan legasi beliau turut sama
bergayut didahan yang sama..Empayar yang dibina selama 22 tahun sudah
pasti beliau tidak mudah utk melihat mahligai itu seperti pelamin
anganku musnah dek kerana keterlanjuran seorang Menteri Pertahanan
didalam skandal kapal selam..apatahlagi kini menjawat jawatan Perdana
Menteri Malaysia.
Mahathir sudah masak utk berhadapa disaat-saat
kritikal didalam politk beliau..lihat saja ketika ditendang keluar dari
UMNO dizaman Tunku... kemudian meloloskan diri mencelah masuk kembali
ke dalam UMNO bagaikan mat rempit terkini di era Tun Hussein Onn...
kemuncaknya pula mencapai kekuasaan sebagai Presiden UMNO malah terus
menjawat jawatan Perdana Menteri..namun langit tidak sentiasa
cerah.lihat sahaja bagaimana Mahathir meredah arus tujahan hujan lebat
amukan Ku Li yang telah mencabar jawatan Presiden UMNO yang mana
akhirnya Mahathir berjaya dengan hayat senipis bawang...
Mahathir
sudah melakukan satu langkah drastik selamatkan UMNO-BN malah turut
juga membuatkan para pemimpin korup didalam parti tuttttt... melurut
dada... selamat... mengorbankan jawatan Presiden UMNO dan seterusnya
Perdana Menteri Malaysia terlama dgn langkah yang beliau banggakan iaitu
BERSARA setelah menerima amukan gerakan Reformasi Rakyat yg dicetuskan
oleh bekas Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri...
Kini adakah kelicikan Mahathir yang begitu panjang usianya melakukan satu lagi langkah drastik yan tidak pernah diduga..?
Musuh politik Mahathir mengakui bahawa beliau masih lagi ada power utk menekan Najib.
Adakah kita akan melihat Najib akan meletakkan jawatan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 kerana tekanan Mahathir?
Pak
Lah pun sanggup ditekannya walaupun beliau tahu risikonya dan ianya
telah dijelamakan buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia
Perikata a.k.a Barisan Nasional gagal mencapai 2/3 kerusi Parlimen.
Untuk
itu..amat mudahlah utk Mahathir utk memastikan sekurang-kurangnya
majoriti mudah boleh dicapai oleh BN sekali lagi dengan mengorbankan
seekor kambing hitam untuk tenggelam bersama kapal selamanya...
Sudah
tentu Mahathir akan mempersetakan apa yang akan berlaku di mahkamah
Perancis... ada dia kesah... bukan anak dia yang terlibat dengan jual
beli kapal selam... bukan anak dia yang makan malam bersama
Altantunya... bukan anak dia yang bersumpah di dalam masjid tak kenal
Altantunya...
Jika Najib benar-benar meletak jawatan sebelum PRU
13... ianya betul-betul... benar-benar... satu langkah drastik...
langkah berani mati... terjunan Kamikaze...
Jika benar Najib say
bye-bye kepada PRU13... musuh politik Mahathir mesti tabik
springgg..mesti salut... mesti angkat topi... dengan kelicikan politikus
sepertinya...
Sudah pasti...Mahathir akan mencatatkan satu lagi sejarah Malaysia... MAHARAJA POLITIKUS TERLICIK..."
/~TKO
Kaki pelancong terpaksa dipotong semasa berkayak
45 minutes ago
MAMAK KUTTY MEMANG SEDANG MERANCANG ADEGAN TERLICIK UNTUK KONSPIRASI SETERUSNYA !
ReplyDelete