Thursday, 21 June 2012

BN Bakal Menang Tipis di Selangor & Kekalkan 137 Kerusi Parlimen – Kajian CENCE!!

Jikalau sebelum ini, tinjauan dan kajian yang pernah dibuat baru-baru ini oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) meletakkan hampir separuh rakyat Malaysia yang akan mengundi dalam Pilihanraya Umum Ke 13 kelak “lebih gemar dan selesa” memilih parti Barisan Nasional berbanding Pakatan Rakyat. Walaubagaimanapun, angka bagi pengundi atas pagar dijangka bakal menjadi penentu pada Pilihanraya Umum Ke 13. Itu kata mereka, lain pemerhati dan pengkaji, lain pula kaedah dan teknik yang digunapakai.

Barisan Nasional VS Pakatan Rakyat (Pilihanraya Umum Ke 13)

Hasil tinjauan tersebut menghasilkan keputusan seperti berikut :
  1. Barisan Nasional : 49 peratus
  2. Pakatan Rakyat : 21 peratus
  3. Pengundi atas pagar : 30 peratus
Terbaru kajian dan analisis terperinci Centre of Strategic Engagement (CENSE) menjangkakan Barisan Nasional (BN) besar kemungkinan mengekalkan 137 kerusi Parlimen yang dikuasainya sekarang dengan margin lima peratus lebih atau kurang.

Antara Hasil Kajian Jangkaan (CENSE) : Pakatan Rakyat VS Barisan Nasional Pilihanraya Umum Ke 13 :

Kajian Terhadap Barisan Nasional :

  1. kawasan pilihan raya yang didominasi kaum Cina di Johor, Sabah dan Sarawak – pengurangan 10 kerusi parlimen Barisan Nasional
  2. peningkatan sokongan pengundi Melayu terutamanya kepada Umno dilihat terus meningkat , kira-kira lapan peratus sejak 2008, yang akan menyaksikan sokongan di kawasan pengundi Melayu dan di kerusi yang didominasi pengundi Melayu dan campuran – Peningkatan kepada Barisan Nasional sekitar 8%
  3. Barisan Nasional dilihat memiliki jentera pilihan raya lebih kukuh kerana ia lebih tersusun dan ditadbir oleh andaian yang lebih realistik berbanding 2008
  4. Barisan Nasional pula mempunyai kelebihan dengan logistik dan infrastruktur jenteranya, terutama di kawasan luar bandar di Sabah, Sarawak, Pahang dan sebahagian kawasan di Johor
  5. Barisan Nasional kali ini berada dalam keadaan moral yang agak rendah bagi kalangan anggota parti dan pekerja di kawasan majoriti pengundi Cina atau di kerusi campuran di mana pengundi Cina merupakan sebahagian besar pengundi asal di kawasan tersebut
  6. Barisan Nasional dijangka sedar yang mereka sebenarnya tidak bersedia atau dalam erti kata lain tidak boleh merampas Pulau Pinang, begitu juga dengan Kelantan yang sudah didominasi oleh pembangkang sejak sekian lama
  7. Walaubagaimanapun, Barisan Nasional dijangka tetap meletakkan harapan Perak serta mengambil semula Kedah dan Selangor.
  8. Bagaimanapun, kajian yang dibuat CENCE melihat peluang Barisan Nasional untuk menawan semula Selangor adalah tipis

Kajian Terhadap Pakatan Rakyat

  1. parti pembangkang yang mungkin terjejas semasa Pilihanraya Umum ke 13 kelak ialah tidak lain tidak bukan Parti Keadlilan Rakyat (PKR)
  2. Pakatan Rakyat Pembangkang tahu dilihat lebih mahir dan agresif  menggunapakai kuasa media sosial untuk menyampaikan kepada pengundi muda.
  3. Pakatan Rakyat dijangka tidak menghadapi masalah besar dalam mengekalkan kuasa di negeri Kelantan dan Pulau Pinang
  4. begitu juga dengan peralihan lebih ramai pengundi Cina dijangka akan mengundi pembangkang tetapi kesannya masih terhad dan terbatas. Ini keranan jaminan kemenangan hanya boleh dicapai pembangkang jika kerusi majoriti Cina seperti Seputeh di Wilayah Persekutuan, Petaling Jaya Utara di Selangor, Kota Kinabalu di Sabah dan Kuching di Sarawak

Kesimpulan Kajian CENCE :

  1. peralihan pengundi Melayu kepada Umno, tetapi ia masih 50:50. Ini adalah kerana pengagihan kerusi pilihan raya di negara ini yang berdasarkan kaum
  2. peningkatan pengundi Melayu akan meningkatkan margin majoriti kemenangan UMNO tetapi ia tidak bermakna lebih banyak kerusi boleh dimenangi
  3. cabaran terbesar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam BN adalah bagaimana untuk menterjemahkan populariti beliau kepada undian untuk Umno dan BN, terutama di kawasan bukan Melayu dan di kawasan bercampur di Perak, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak
  4. Umno dijangka memenangi lebih daripada 79 kerusi pada pilihan raya akan datang daripada 137 kerusi parlimen yang dilihat mampu dimenangi Barisan Nasional
  5. Golongan Melayu lebih banyak menyokong UMO selepas berakhirnya perhimpunan Bersih 3.0, 28 April 2012 yang lalu
  6. pengundi Cina kekal tidak terpengaruh dengan Bersih 3.0 berikutan ‘kekecewaan’ berterusan tentang isu yang telah lama wujud seperti sistem penyampaian yang lemah, tadbir urus dan meritokrasi
  7. Akhir sekali, kajian CENCE melaporkan yang tidak semua golongan kelas pertengahan Melayu bersedia untuk menukar kerajaan dan ini boleh memberi tip undian memihak Umno
Apa kata bakal pengundi dan tidak lupa juga respon anak muda yang sebahagian besarnya merupakan kalangan yang pertama kali turutn mengundi pada Pilihanraya Umum ke 13 kelak? Apa luahan dan pemerhatian anda  sebelum Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bubar parlimen bila-bila masa daripada sekarang.

-Berita Semasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)